Khamis, 25 Jun 2015

MAKLUMAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2015

Assalammualaikum w.b.t,

MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA/PELAJAR SMTDR LENGGONG.
 
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi peperiksaan PT3 untuk semua calon tingkatan 3 sesi 2015 SMTDR Lenggong.
 
 
21 JUN - 03 JULAI 2015 : KERJA KURSUS (GEOGRAFI)
28 JUN - 10 JULAI 2015 : KERJA KURSUS (SEJARAH)
 
04 OGOS - 28 OGOS 2015 : UJIAN LISAN (BERTUTUR)
1) BAHASA MELAYU    
2) BAHASA INGGERIS
 
11 OGOS 2015 (SELASA) : UJIAN LISAN (MENDENGAR)
1) BAHASA MELAYU
 
12 OGOS 2015 (RABU) : UJIAN LISAN (MENDENGAR)
1) BAHASA INGGERIS
 
12 OKTOBER 2015 ( ISNIN) : UJIAN BERTULIS
1) BAHASA MELAYU (8.10AM - 10.10AM)    
2) MATHEMATICS (11.00AM - 1.00PM)
 
13 OKTOER 2015 (SELASA) : UJIAN BERTULIS
1) BAHASA INGGERIS (8.10AM - 10.10AM)    
2) SCIENCE (11.00AM - 1.00PM)
 
15 OKTOBER 2015 (KHAMIS) : UJIAN BERTULIS
1) KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN) (8.10AM - 10.10AM) 
2) PENDIDIKAN ISLAM (11.00AM - 1.00PM)
3) BAHASA ARAB (2.30PM - 4.30PM)
 
 
 

Rabu, 24 Jun 2015

TARIKH PULANG BERCUTI DAN HARI BERTEMU WARIS


MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA PELAJAR-PELAJAR STARULe:

Bulan Jun:
- Tarikh pulang bercuti adalah pada hari Khamis, 25 Jun 2015 selepas waktu PdP iaitu jam 3.30 petang. Hari Jumaat merupakan hari cuti berganti. Para pelajar diminta pulang semula ke sekolah pada hari Ahad, 28 Jun 2015 sebelum jam 6.00 petang.

Bulan Julai:
-Tarikh pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri adalah pada hari Selasa, 14 Julai sehingga 21 Julai 2015.
- Pada 14 Julai juga merupakan Hari Bertemu Waris, jadi diminta ibu bapa pelajar-pelajar berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing sebelum pulang ke rumah.

Sekian, terima kasih.

KEM MOTIVASI PEMBENTUKAN PERIBADI PELAJAR 2015

Pada hari Jumaat hingga Ahad yang lepas, bertarikh 19 hingga 21 Jun, para pelajar beserta guru-guru STARULe telah mengikuti Kem Motivasi Pembentukan Peribadi Pelajar bertempat di The Lereng Adventure Camp and Resort, Ulu Chepor, Ipoh, Perak. Kem ini bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan serta jati diri di kalangan para pelajar.

      Pelajar-pelajar dan guru-guru bertolak dari sekolah kira-kira pukul 3.00 petang dan tiba di The Lereng Adventure Camp and Resort lebih kurang sejam selepas itu. Sejurus selesai sesi pendaftaran dan taklimat, para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan; pelajar-pelajar yang mengikuti kem motivasi dan pelajar-pelajar yang mengikuti penilaian al-Quran. Para pelajar yang mengikuti kem motivasi diserahkan sepenuhnya kepada pengurusan kem manakala para pelajar yang mengikuti penilaian al-Quran pula diuruskan oleh guru-guru STARULe.



 Sebahagian daripada pelajar yang mengikuti penilaian al-Quran

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh para pelajar sepanjang kem motivasi tersebut termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Obstacle dan Kembara Malam. Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti penilaian al-Quran, mereka hanya dibenarkan mengikuti aktiviti Kembara Malam sahaja sekiranya tidak melepasi penilaian yang sepatutnya.










 Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang kem motivasi

          Kem berakhir dengan majlis penutupan pada hari Ahad, kira-kira jam 11.00 pagi oleh pihak The Lereng Adventure Camp and Resort. Walaupun kepenatan, tetapi para pelajar mendapat banyak manfaat dan ilmu sepanjang kem motivasi dijalankan. 



  Para pelajar, guru dan pihak pengurusan kem bergambar kenangan sebelum pulang ke sekolah

          Pihak sekolah sangat berharap agar semangat dan jati diri yang diterapkan ketika di kem dapat diaplikasikan oleh semua pelajar ketika di sekolah mahupun ketika berada di rumah. Sekian.

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2015

     Sempena menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini, pihak sekolah telah menganjurkan sebuah program yang dipanggil “Ihya Ramadhan” bertempat di Musolla STARULe pada 18 Jun yang lalu. Program ini bertujuan untuk mengalu-ngalukan kedatangan bulan penuh barakah ini dan menyusun agenda-agenda yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan.

Pada majlis tersebut, Ustazah Norhasimah telah menyampaikan tazkirah mengenai Ramadhan manakala pengetua STARULe, Ustaz Faiz pula memberikan nasihat mengenai kepentingan kebersihan kepada para pelajar.

Ustazah Norhasimah menyampaikan tazkirah Ramadhan
Ustaz Faiz memberikan nasihat mengenai kepentingan kebersihan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H/2015M
daripada
Semua Warga STARULe


Isnin, 22 Jun 2015

PROGRAM SUNNAH : BERENANG

     Berenang merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Ia dapat menyihatkan tubuh badan dan menyelamatkan diri ketika berada di dalam air. Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular). 

Rasulullah SAW bersabda;

“Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
                                                                                                (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, STARULe telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Renang untuk para pelajar di Kolam Renang Kuala Kangsar, Perak pada 15 dan 16 Jun yang lalu. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan teknik-teknik dan cara-cara berenang yang betul.

Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan; semua pelajar tingkatan 4, 3, dan 10 orang pelajar tingkatan 2 mengikuti program renang pada petang 15 Jun manakala baki pelajar tingkatan 2 dan semua pelajar tingkatan 1 pula mengikuti program berkenaan pada petang 16 Jun.






        Diharapkan program renang ini dapat diteruskan dan diadakan dengan lebih kerap untuk para pelajar STARULe kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada aktiviti ini. Sekian. 

Jumaat, 12 Jun 2015

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN(PPT) SESI 2015 SMTDR LENGGONG.

Assalammualaikum w.b.t,

MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA/PELAJAR SMTDR LENGGONG.

Berikut merupakan Keputusan Rasmi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Sesi 2015 bagi SMTDR Lenggong.

* Klik pada gambar untuk besarkan keputusan PPT 2015.

TINGKATAN 1 SINA
 

TINGKATAN 2 SINA
 

 
 TINGKATAN 3 SINA
 

TINGKATAN 4 SINA
 
 
 
 

Rabu, 10 Jun 2015

LAPORAN PENILAIAN HAFAZAN AL-QURAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN LENGGONG

Assalammualaikum w.b.t,

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA PELAJAR SMTDR LENGGONG.

Berikut merupakan laporan penilaian hafazan Al-Quran mengikut Tingkatan 1-4 sesi 2015 bagi SMTDR Lenggong.

* Klik pada gambar untuk besarkan laporan

TINGKATAN 1 SINA


 TINGKATAN 2 SINA



TINGKATAN 3 SINA





TINGKATAN 4 SINA



"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"