Sabtu, 18 April 2015

PROGRAM LATIHAN INTENSIF KELAB SILAT STARULe

       Melalui aspirasi misi STARULe 2013-2017, aktiviti seni bela diri (silat) telah diberi penandarasan untuk mencapai kejayaan daripada sudut pertandingan yang disertai oleh pelajar dengan sasaran kemuncaknya ialah berjaya menjadi johan pertandingan sekolah-sekolah di peringkat negeri Perak. Untuk itu, latihan intensif dirangka bagi membolehkan tumpuan khusus pelajar terhadap silibus pertandingan disempurnakan.

         Program latihan intensif ini diadakan pada 3 – 5 April 2015, bertempat di Chalet Kg Ulu Chepor, Chemor, Perak dengan disertai seramai 18 pelajar STARULe yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Empat orang pelajar mewakili acara Silat Asli (Silat Pulut) (dua orang simpanan), dua orang mewakili acara Silat Tempur, dua orang mewakili acara Silat Tari (seorang simpanan), empat orang mewakili acara Seni Jurus dan enam orang mewakili acara Gendang Silat (seorang simpanan). Mereka juga turut diiringi oleh dua orang guru penasihat iaitu Cikgu Nor Rashidah Ab. Khalil dan Cikgu Anis Hanisah Ab Rahaman serta seorang jurulatih rasmi iaitu pengetua STARULe sendiri, Ustaz Faiz Muhammad Rafaai.

      Objektif penganjuran program ini adalah untuk mempersiapkan pelajar dengan gerakan dan persembahan bagi menghadapi pertandingan silat seni peringkat daerah Hulu Perak. Selain itu, ia juga dapat menyediakan peserta dengan kemahiran yang terbaik untuk menghadapi persaingan dalam pertandingan kelak disamping dapat membentuk sifat kepimpinan yang baik, semangat kerjasama dan memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan peserta. Oleh itu, empat orang jurulatih jemputan turut diundang bagi membantu para pelajar iaitu En. Jusnizan Ramli dari SMK Seri Samudera, En. Saifullah Kamanoordin dari SMK Syeikh Abdul Ghani, En. Mohd Azlan Mohamad Noor dari SMK Tapah dan En. Hanif, bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah.  











        Diharapkan program ini telah dapat mencapai matlamat yang disasarkan terhadap perkembangan aspek kokurikulum pelajar-pelajar STARULe. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"