Sabtu, 18 April 2015

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2015/2016

Majlis pelantikan pengawas sekolah sesi 2015/2016 telah diadakan pada hari Isnin, 30 Mac 2015 bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Majlis dimulakan kira-kira jam 7.40 pagi dengan ucapan ringkas daripada guru penasihat pengawas, Cikgu Nurul Diyana Mohd Khalid. Kemudian, majlis diteruskan pula dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada barisan pengawas sesi 2014/2015. Sijil disampaikan oleh Pengetua STARULe, Ustaz Faiz Muhammad Rafaai dengan diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Norsufiah Yunus.



Antara barisan pengawas sesi 2014/2015 yang menerima sijil penghargaan

Selepas itu, Cikgu Diyana mengumumkan pula senarai pengawas sekolah sesi 2015/2016. Setiap pengawas diberi watikah lantikan oleh Ustaz Faiz dengan diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Nor Rashidah Ab. Khalil. Pelajar-pelajar ini dilantik berdasarkan prestasi semasa mereka dan juga persetujuan jawatankuasa disiplin ketika mesyuarat Lembaga Pengawas.









Barisan pengawas yang menerima watikah lantikan


Bagi pelajar tingkatan satu yang dilantik sebagai pengawas, tempoh percubaan selama tiga bulan diberikan untuk menilai prestasi mereka. Pada akhirnya, hanya dua orang pelajar sahaja yang akan kekal menjadi pengawas sekolah.

Senarai nama pengawas sekolah bagi sesi 2015/2016:
*klik gambar untuk besarkan
Barisan pengawas sekolah yang baru dilantik beserta guru-guru penasihat pengawas

          Semoga semua pengawas sekolah yang baru dilantik dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"