Jumaat, 3 April 2015

ACARA LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Pada hari Sabtu, 28 Mac 2015 telah berlangsungnya acara larian merentas desa peringkat sekolah di Bukit Sapi, Lenggong, Perak. Acara ini diwajibkan kepada semua pelajar STARULe. Terdahulu, pelajar-pelajar berkumpul di tapak perhimpunan sekolah pada pukul 7.45 pagi dan diberi taklimat oleh guru penyelaras program, Ustaz Hafiz Shamsudin. 

Ustaz Hafiz memberi taklimat kepada para peserta

Kemudian, para pelajar berserta guru-guru bertolak ke Bukit Sapi bagi memulakan acara larian merentas desa. Guru-guru diberi tugas untuk menjaga enam ‘check point’ termasuk garisan permulaan dan penamat yang telah ditetapkan sebelum acara berlangsung.

Kira-kira pukul 8.45 pagi acara larian merentas desa telah dimulakan. Pelajar-pelajar dilepaskan oleh Cikgu Khidzir mengikut kategori masing-masing iaitu kategori B bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4, kategori C bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 dan kategori D bagi pelajar-pelajar tingkatan 1. Mereka juga turut bersaing untuk memberi mata kepada rumah sukan masing-masing iaitu merah, hijau dan kuning. 

Peserta-peserta perlu melakukan larian sejauh 4.1 kilometer untuk memenangi acara ini. Setiap peserta diberi nombor dan kategori masing-masing untuk dipakai sepanjang acara ini berlangsung dan juga ketika Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Pertama yang akan berlangsung pada 11 April 2015 nanti.













Antara pelajar yang menyertai acara larian merentas desa

Berikut adalah senarai peserta yang memenangi acara larian merentas desa peringkat sekolah:

BIL
TINGKATAN 1 (D)
TINGKATAN 2 (C)
TINGKATAN 3 & 4 (B)
1.
Muhammad Arief Haiqal b. Azar Firdaus (D011- rumah merah)
Muhammad Kamal b. Mohammad Nazaruddin (C017- rumah merah)
Dinni Nur Fahmie b. Abdul Razak (B007- rumah hijau)
2.
Ahmad Yasin b. Ahmad Roslan (D004- rumah hijau)
Alif b. Azmi (C003- rumah hijau)
Muhamad Amir Izzat b. Hasnan (B008- rumah merah)
3.
Shaiful Muhd Yazid b. Halim (D019- rumah hijau)
Irfan Hakim b. Elias (C008- rumah kuning)
Muhammad ‘Afif Syimir b. Safian (B009- rumah merah)
4.
Muhammad Amirul Muttaqim b. Mohamad Khairi (D009- rumah kuning)
Muhammad Alif Najmi b. Mohd Nasir (C010- rumah merah)
Anas b. Kusairy (B006- rumah merah)
5.
Abdul Rahim b. Mohd Nayam (D002- rumah hijau)
Muhammad Afiq b. Ahmad Sani (C009- rumah merah)
Muhammad Farid b. Muhammad (B012- rumah hijau)






Antara gelagat para pelajar dan guru setelah berakhirnya acara larian merentas desa

Program ini berakhir kira-kira jam 11.00 pagi. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat dengan program kali ini dan berbesar hati kerana berjaya menganjurkan acara larian merentas desa peringkat sekolah buat pertama kalinya. Diharapkan acara ini akan menjadi acara tahunan sukan STARULe pada tahun-tahun akan datang. Sekian.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"