Selasa, 10 Mac 2015

MAJLIS PERPISAHAN PUAN NUR ADILAH

Pada tarikh 12 Februari 2015 telah diadakan satu majlis perpisahan guru yang telah bertukar ke sekolah baharu. Yang diraikan iaitu Puan Nur Adilah, guru bagi matapelajaran Geografi dan Kemahiran Hidup telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Tahfiz Kuala Kangar. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong. Beliau berasal dari Ipoh, Perak.

Majlis dimulakan pada jam 11 pagi dengan ucapan pengerusi majlis disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Hafiz bin Khushairi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengetua sekolah iaitu En. Faiz bin Muhammad Rafaai. Slot berikutnya ialah persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid sekolah. Majlis dilengkapkan lagi dengan ucapan daripada guru yang akan menamatkan perkhidmatannya di sekolah ini iaitu Puan Nur Adilah. Kemudian, persembahan terakhir dari pelajar yang dipertontonkan ialah persembahan silat dari wakil kelab seni silat sekolah. Majlis diakhiri dengan acara pemotongan kek dan penyerahan cenderahati dari pihak sekolah dan wakil setiap tingkatan. Sebelum bersurai, para guru dan para pelajar dijamu dengan juadah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.


"Kalau ada sumur di ladang,

  Boleh kita menumpang mandi,

  Kalau ada umur yang panjang,

  Boleh kita berjumpa lagi...."

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"