Selasa, 10 Mac 2015

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU TRANSISI TINGKATAN SATU DAN GOTONG-ROYONG BERSAMA IBU-BAPA

Pada tarikh 14 Februari 2015 telah diadakan satu majlis penutupan minggu transisi bagi pelajar-pelajar Tingkatan Satu sesi 2015 dan acara gotong-royong bersama ibu-bapa pelajar-pelajar tersebut.
Majlis tersebut diadakan pada hari Sabtu.

Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan ucapan dari pengerusi majlis iaitu Cik Norsufiah bt Yunus dan diteruskan bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengetua iaitu En. Faiz bin Muhammad Rafaai dan perasmian penutupan minggu transisi pelajar tingakatan satu, Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar-pelajar tingkatan satu sesi 2015. Kemudian pengetua membentangkan slaid mengenai latar belakang sekolah pada awal penubuhan sehingga sekarang. Setelah persembahan slaid selesai, ibubapa dimaklumkan mengenai acara gotong-royong sejurus selepas selesai majlis penutupan. Majlis selesai dan gotong-royong dimulakan dari jam 9.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

                                Sesi majlis penutupan minggu transisi pelajar tingkatan satu


Gotong-royong di kawasan padang sekolah dan kawasan pagar
berhampiran kelas.


Gotong-royong di kawasan asrama , kantin , dan surau sekolah.

Gotong-royong diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara guru-guru, para pelajar dan ibubapa. Kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis penutupan dan gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah dalam usaha menjadikan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong tergolong dalam sekolah yang mengutamakan kebersihan bagi melahirkan huffaz yang bersahsiah murni.
                               

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"