Rabu, 11 Februari 2015

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2015

Pada tarikh 14 Januari 2015, seramai 21 orang pelajar telah mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong.

Pendaftaran bermula pada jam 9 pagi dengan ketibaan ibubapa pelajar yang datang dari pelbagai daerah.

Pendaftaran meliputi yuran sekolah, yuran PIBG, penyerahan maklumat diri pelajar, dan pengurusan kemasukan ke asrama.



Pada jam 11.30 pagi, satu taklimat bersama ibubapa dan pelajar telah diadakan di dewan mini sekolah. Tuan Pengetua memberikan penerangan mengenai sistem pembelajaran dan pengurusan sekolah kepada semua ibubapa yang hadir.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"