Rabu, 11 Februari 2015

SAMBUTAN MAJLIS PENUBUHAN SEKOLAH DAN MAJLIS PERPISAHAN GURU

Pada 16 Januari 2015, satu sambutan majlis penubuhan sekolah dan majlis perpisahan guru telah diadakan di dewan mini sekolah.





Di samping itu, turut diadakan juga majlis perpisahan dua orang guru sekolah iaitu Puan Ishatun Radhiah dan En. Rasyidi.

En. Rasyidi telah berpindah ke Sekolah Menengah Izzudin, Ipoh manakala Puan Ishatun Radhiah telah menamatkan khidmat beliau sebagai guru.





Semua guru dan pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong terlibat dalam sambutan ini dan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan baik.

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2015

Pada tarikh 14 Januari 2015, seramai 21 orang pelajar telah mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong.

Pendaftaran bermula pada jam 9 pagi dengan ketibaan ibubapa pelajar yang datang dari pelbagai daerah.

Pendaftaran meliputi yuran sekolah, yuran PIBG, penyerahan maklumat diri pelajar, dan pengurusan kemasukan ke asrama.



Pada jam 11.30 pagi, satu taklimat bersama ibubapa dan pelajar telah diadakan di dewan mini sekolah. Tuan Pengetua memberikan penerangan mengenai sistem pembelajaran dan pengurusan sekolah kepada semua ibubapa yang hadir.
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"