Khamis, 17 Disember 2015

MAKLUMAN KEMASUKAN PELAJAR LAMA KE TINGKATAN 2,3,4,5 SESI 2016 SMTDR LENGGONG

Assalammualaikum w.b.t,
MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA/PELAJAR SMTDR LENGGONG.
 
Adalah dimaklumkan kemasukan bagi pelajar lama SMTDR Lenggong telah dijadualkan seperti berikut :
 
TINGKATAN 2,3,5
 
Tarikh : 03 Januari 2016
Hari : Ahad
Masa : 10.00am - 2.00pm (sesi i) , 3.00pm - 5.00pm (sesi ii )
Tempat : Pejabat Starule
 
 
TINGKATAN 4
 
Tarikh : 07 Januari 2016
Hari : Khamis
Masa : 9.00am - 3.00pm
Tempat : Dewan Makan Starule

Isnin, 23 November 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU SESI 2016

Assalammualaikum w.b.t 
 
PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU SESI 2016

Berikut merupakan kaedah permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke 
Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak 
bagi tahun 2016.
 
* Permohonan dibuka setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan.
* Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online).
* Tarikh permohonan ditutup pada 30 November 2015 (Isnin).
 

MAKLUMAN TARIKH KEPUTUSAN PT3 DAN SYARAT KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 4 SESI 2016 (PELAJAR LAMA)

Assalammualaikum w.b.t,
MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA/PELAJAR TINGKATAN 3/2015 SMTDR LENGGONG.
 
Berikut disertakan surat makluman tarikh keputusan PT3 dan syarat kemasukan Tingkatan 4 tahun 2016 bagi pelajar lama.
 
*klik pada gambar untuk besarkan.
 
 

Isnin, 26 Oktober 2015

KEM KHIDMAT MASYARAKAT (02/10/2015 - 04/10/2015)

Kem ini telah dijayakan pada 2 hingga 4 Oktober 2015 di Kg. Raja Intan Suraya, Siput Utara dengan melibatkan semua pelajar dan sebahagian guru di bawah pengurusan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Warga STARULe yang terlibat telah bertolak dari sekolah pada petang Jumaat (2 Oktober) dan menginap di Kem Rekreasi Raja Intan Suraya. Pada sebelah malam pertama, semua pelajar diberi taklimat tentang aktiviti khidmat masyarakat yang akan dilakukan keesokkan harinya.
Seawal jam 8 pagi, usai bersarapan, pelajar-pelajar bergerak ke lokasi khidmat masyarakat dalam tiga kumpulan bersama guru-guru. Kumpulan pertama berhenti di rumah Encik Salleh, antara penduduk yang kurang berkemampuan di kampung tersebut. Di sana, para pelajar dan guru-guru telah bergotong-royong memasang tikar getah dan membuat simen ruang belakang dapur rumah. Manakala beberapa penduduk kampung bersama Ketua Kampung Raja Intan Suraya membantu membaik pulih dinding bilik anak perempuannya. Kumpulan kedua pula membersihkan persekitaran surau kampung dan mengecat dinding sebelah dalam surau. Kumpulan ketiga pula bersama guru-guru dan penduduk kampung telah membersihkan kawasan dalaman dan persekitaran rumah Puan Yah, warga emas yang tinggal bersendirian.
Kerja-kerja amal ini berhenti seketika pada jam 10.30 pagi untuk minum pagi yang disediakan oleh penduduk kampung di surau. Selepas itu semua kumpulan bergerak semula ke lokasi masing-masing untuk menyambung kerja. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan semua kerja dan ia berjaya disiapkan menjelang waktu Zohor.
Pada sebelah petangnya, pelajar diberi ruang untuk berehat seketika. Untuk menghargai penat lelah dan komitmen semua yang terlibat, makan malam pada hari tersebut ditambah dengan juadah barbeque oleh pihak kem. Waktu-waktu lain yang berbaki, sejak malam pertama hingga waktu pulang telah diisi dengan sesi Murajaah, tazkirah dan sesi kelas tambahan memandangkan semua pelajar akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Pada pagi Ahad pula, pelajar-pelajar dan guru-guru menyertai aktiviti air yang diaturkan oleh pihak kem. Menjelang tengah hari semua warga STARULe berangkat pulang ke sekolah setelah dua hari berkampung di kem.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, guru-guru yang merancang dan mengatur kerja-kerja khidmat masyarakat, pihak pengurusan kem yang membantu menghubungkan pihak sekolah dengan ketua kampung dan pihak yang perlu dibantu, penduduk kampung Raja Intan Suraya yang telah bersama membantu serta tidak lupa kepada ibu bapa pelajar yang telah sudi memberi sumbangan berjumlah hampir RM1000.00 untuk menyediakan keperluan dan alatan program khidmat masyarakat. Mudah-mudahan objektif kem ini tercapai, yakni menyediakan pelajar dengan sifat prihatin dengan kesusahan orang lain dan sedia membantu dengan ikhlas. Insyaallah pada tahun akan datang, pihak sekolah merancang untuk mengadakan program anak angkat pula bagi memberi pendedahan kepada pelajar supaya berupaya berinteraksi dengan masyarakat, mampu bertolak-ansur dan memahami orang lain. 









Sekian.


Selasa, 20 Oktober 2015

MAKLUMAN TERKINI KEPADA IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 3 TAHUN 2015

PINDAAN DAN PENAMBAHAN PROGRAM PELAJAR TINGKATAN 3 SELEPAS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) & TARIKH BERCUTI PULANG KE KAMPUNG

Dengan segala hormatnya, surat edaran yang telah diedarkan kepada ibu bapa pelajar tingkatan 3 yang bertarikh 15 Oktober 2015 [Rujukan Kami :SMTDRL.PK.02/08/002(42)] adalah terbatal.

2.            Berikut merupakan beberapa pindaan TERKINI tarikh program yang telah dirangka untuk semua pelajar tingkatan 3 tahun 2015:

* Penambahan program baru.
BIL.
PROGRAM
TARIKH ASAL
PINDAAN TARIKH BARU
1.
 
Kursus bersama Giat MARA
 
19 – 23 Okt
Tiada perubahan dari tarikh asal
2.
 
Kelas Renang
 
26 – 28 Okt
Tiada perubahan dari tarikh asal
3.
 
Program Khidmat Bakti Sekolah
 
29 – 30 Okt
Tiada perubahan dari tarikh asal
4.
 
* Majlis Pecah Tanah SMTDR       Lenggong di Bukit Sapi, Lenggong
 
-
29 Okt
5.
 
Program Hafazan di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar
 
31 Okt – 3 Nov
Tiada perubahan dari tarikh asal
6.
 
Penilaian Al-Quran
 
4 - 6 Nov
Tiada perubahan dari tarikh asal
7.
 
* Seminar Enakmen Jenayah Syariah
 
-
9 Nov
8.
 
Pengenalan Subjek Tingkatan 4 Aliran Sains Tulen
 
9 – 13 Nov
11,13,16 Nov
9.
 
Rombongan Akhir Tahun
 
7 - 8 Nov
12 Nov
10.
 
* Sesi Pengemasan Asrama & Inspection
 
-
14 Nov
11.
 
Semakan Markah Kertas PT3
 
-
17 Nov
12.
 
Pulang ke kampung ( Cuti Akhir Tahun)
-          Pelajar dibenarkan pulang selepas Solat Zuhur.
 
13 Nov
17 Nov

*Tarikh kemaskini : 20 Oktober 2015

JADUAL PEPERIKSAAN SYAHADAH THANAWI TAHUN 2015

Assalammualaikum w.b.t,
MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA/PELAJAR SMTDR LENGGONG.
 
Berikut merupakan tarikh penting Peperiksaan Syahadah Thanawi bagi pelajar Tingkatan 4 sesi 2015 SMTDR Lenggong.
 
*klik pada gambar untuk besarkan.
 

JADUAL PEPERIKSAAN SYAHADAH I'DADI TAHUN 2015

Assalammualaikum w.b.t,
MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA/PELAJAR SMTDR LENGGONG.
 
Berikut merupakan tarikh penting Peperiksaan Syahadah I'dadi bagi pelajar Tingkatan 2 sesi 2015 SMTDR Lenggong.
 
*klik pada gambar untuk besarkan.
 

Jumaat, 9 Oktober 2015

JADUAL PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015

Assalammualaikum w.b.t,

MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA/PELAJAR SMTDR LENGGONG.
 
Berikut merupakan tarikh Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi pelajar Tingkatan 3 sesi 2015 SMTDR Lenggong.
 
*klik pada gambar untuk besarkan.


JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) 2015

Assalammualaikum w.b.t,
MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA/PELAJAR SMTDR LENGGONG.
 
Berikut merupakan tarikh Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) bagi semua pelajar Tingkatan 1,Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 sesi 2015 SMTDR Lenggong.
 
*klik pada gambar untuk besarkan.
 
 
 TINGKATAN 1
 
 
 
TINGKATAN 2

 
TINGKATAN 4
 

 

Rabu, 30 September 2015

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014/2015 KALI KE-4

Bertempat di Dewan Mini STARULe, pada 18 September 2015 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014/2015 kali ke-4 bagi mengiktiraf pencapaian para pelajar dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum. Majlis ini telah dirasmikan oleh ahli Parlimen Lenggong iaitu Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tetamu VIP.




Majlis bermula kira-kira jam 9.30 pagi dengan bacaan doa dan ucapan daripada tuan pengetua, Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah JAIPk iaitu Tuan Haji Mohd Yusop bin Haji Husin sebelum majlis dirasmikan oleh Dato’ Shamsul Anuar.


 Ucapan daripada Tuan Pengetua, Pengarah JAIPk dan Ahli Parlimen Lenggong

Setelah itu, sesi penyampaian hadiah pun bermula berselang-seli dengan persembahan para pelajar. Antara hadiah yang disampaikan adalah bagi para pelajar yang memperolehi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Terbaik 2014, Peperiksaan I’dadi Terbaik 2014, Keseluruhan Terbaik Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2014, Mata Pelajaran Akademik Terbaik 2014, Mata Pelajaran I’dadi Terbaik 2014, Hafazan Terbaik 2015, Pelajar Potensi Menengah Rendah dan Menengah Atas 2015, Anugerah Emas, Perak dan Gangsa 2015 serta Tokoh Kokurikulum 2015.

Pelajat tingkatan tiga membuat Akujanji bagi menghadapi PT3
            Majlis di Dewan Mini STARULe berakhir kira-kira jam 11.00 pagi. Selepas itu, semua tetamu dan para jemputan menjamu selera di dewan makan dan di khemah yang telah disediakan. Ibu bapa yang hadir bagi meraikan kejayaan anak mereka dibenarkan membawa pulang pelajar setelah selesai menjamu selera manakala bagi pelajar-pelajar lain, mereka bertolak pulang ke rumah masing-masing untuk bercuti sempena Hari Raya Aidiladha selepas menunaikan solat Jumaat. Sekian.

Selasa, 29 September 2015

KEM PT3, I’DADI DAN THANAWI DI KEM REKREASI INTAN SURAYA

Pada 4 hingga 6 September 2015 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Kem Kurikulum atau Kem PT3, I’dadi dan Thanawi bertempat di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput, Perak. Kem ini memberi fokus kepada pelajar-pelajar tingkatan dua (I’dadi), tingkatan tiga (PT3) dan juga tingkatan empat (Thanawi). Manakala bagi para pelajar tingkatan satu, mereka didedahkan dengan cara bacaan dan menghafal al-Quran dengan betul oleh para ustaz dan ustazah STARULe.

Setiap subjek bagi PT3, I’dadi dan Thanawi disediakan dengan seorang penceramah dan juga slot yang telah dipersetujui oleh mereka. Penceramah-penceramah ini kebanyakannya merupakan pentaksir kawasan bagi PT3 dan juga pemeriksa kertas bagi I’dadi dan Thanawi. Ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar mendapatkan tip dan juga panduan menjawab soalan peperiksaan dengan betul.



Dengan penganjuran kem ini diharapkan para pelajar STARULe akan lebih bersedia dan bersemangat bagi menghadapi peperiksaan sebenar yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga kalian dapat menghadapi peperiksaan dengan jayanya, InsyaAllah. Sekian.  

Selasa, 22 September 2015

PEMERIKSAAN DAN TAKLIMAT PENJAGAAN GIGI

Sesi pemeriksaan gigi bagi para pelajar STARULe telah diadakan pada hari Rabu, 26 Ogos yang lalu. Ia dijalankan oleh doktor dan jururawat daripada Klinik Kesihatan Lenggong. Setiap pelajar diwajibkan menjalani sesi pemeriksaan ini dan bagi pelajar yang memerlukan rawatan susulan seperti mencabut gigi, mereka perlu ke Klinik Kesihatan Lenggong tetapi bagi yang hanya perlu menampal gigi, prosedur ini dijalankan di STARULe sahaja.

Sesi pemeriksaan gigi di STARULe

Manakala, pada hari Jumaat, 28 Ogos pula diadakan satu sesi taklimat oleh doktor dan jururawat berkenaan penjagaan gigi di dewan mini, STARULe. Taklimat ini antara lain mengajar para pelajar dan guru berkaitan kerosakan gigi, kaedah rawatan gigi dan cara menjaga serta menggosok gigi dengan betul. 


  Taklimat daripada doktor dan jururawat Klinik Kesihatan Lenggong


Sekian.
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"