Isnin, 13 Oktober 2014

LAWATAN KE RUMAH SERI KENANGAN ULU KINTA 24 OGOS 2014


PROGRAM : KHIDMAT MASYARAKAT
TEMPAT     : RUMAH SERI KENANGAN ULU KINTA, IPOH
TARIKH      : 24 OGOS 2014
HARI           : AHAD

Pada 24 Ogos 2014, seramai 39 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring anjuran Unit Bimbingan dan Kauseling Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong telah mengadakan lawatan beramah mesra dengan warga tua di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Ipoh, Perak. Ini merupakan program Khidmat Masyarakat tahunan sekolah.
Antara objektif program ialah:
i. mendedahkan murid kepada menghargai ibu bapa..
ii.memupuk nilai murni dengan melakukan aktiviti berfaedah.
iii.mengeratkan hubungan mesra dengan agensi kebajikan masyarakat
Lawatan ini adalah lawatan sambil belajar dari pelajar tingkatan 1 dan 2 agar mereka turut menghargai warga emas dan tahu menyayangi mereka yang telah lanjut usia. Rombongan ini sampai ke Rumah Seri Kenangan ini sekitar jam 9:30 pagi. Kami disambut oleh Puan Mazlia bin Che Arif. Kemudian kami diberi taklimat ringkas oleh beliau mengenai penghuni di sini dan juga jadual kegiatan harian mereka. Kami berpeluang beramah mesra dengan penghuni  yang berada di Rumah Seri Kenangan.

 “ Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada kita sepertimana kita memerlukan ibu bapa kita sewaktu kita masih kanak-kanak “
Lawatan kami berakhir dengan sesi fotografi bersama sebahagian penghuni Rumah Seri Kenangan dalam sekitar jam 1:00 tengahari. Sekalung budi dan penghargaan kepada kakitangan Rumah Seri Kenangan serta warga emas yang sudi menerima kunjungan kami kali ini. Semoga pengalaman ini memberi pengajaran yang tidak ternilai untuk anak-anak didik di STARULe.
 Syukur Alhamdulillah niat yang murni ini telah dimakbulkan Allah SWT dan saya sifatkan lawatan ini adalah berjaya mencapai objektifnya.
Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil “
                             
                              
                     Tiba Ke Rumah Seri Kenangan




Taklimat daripada kakitangan Rumah Seri Kenangan 




Pelajar diberi peluang melawat ahli-ahli Rumah Seri Kenangan

 

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"