Isnin, 21 Julai 2014

KEM KO-KURIKULUM ( BADAN BERUNIFORM )

TARIKH : 27 – 29 / 06 / 2014
HARI  : JUMAAT – AHAD
TEMPAT : AMIR CHALET, KG. BAHARU, SITIAWAN

Pada 27 – 29 Jun 2014 yang lalu Sekolah Menengah Tahfiz Lenggong telah mengadakan satu Kem untuk Badan Beruniform yang telah diadakan di Amir chalet Kampung Baharu, Setiawan Perak. Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam yang disertai 60 orang pelajar dan diiringi 7 orang guru.penasihat. Badan Beruniform yang terlibat dalam kem ini ialah Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Seni Silat.
Tujuan Kem Badan Beruniform diadakan :
Melahirkan modal insan yang berkualiti,iaitu berdisiplin, beramanah, berketerampilan , bekerjasama, bertanggungjawab serta bersemangat kental dan waja diri. Ini adalah kerana untuk mencapai pembangunan fizikal dan mental negara, generasi yang berjati diri dan berwawasan merupakan  elemen yang tidak ternilai seperti peribahasa “pemuda harapan bangsa, pemudi srikandi negara”.
Acara kemuncak bagi Persatuan Seni Silat penyerahan kenaikan bengkung awan putih kepada semua ahli Persatuan Seni Silat. Manakala bagi Kadet Remaja Sekolah penyerahan hadiah bagi aktiviti ‘ explorace’.
  
                            Latihan Pesatuan Seni Silat




                      Penyerahan kenaikan bengkung awan putih



                     Aktiviti Kadet Remaja Sekolah
             
                          Aktiviti santai-santai

                        
                   Balik ke Sekolah Menengah Tahfiz Lenggong

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"