Isnin, 23 Jun 2014

KEM MUKHAYYAM AL-QURAN 27 MEI - 6 JUN 2014

PROGRAM MUKHAYYAM
TARIKH    : 27 MEI – 6 JUN 2014
HARI          : SELASA – JUMAAT
TEMPAT  : SMTDRL

Pada 27 Mei – 6 Jun 2014 cuti pertengahan tahun baru- baru ini sekolah SMTDRL telah mengadakan Kem Mukhayyam Al-Quran yang melibatkan semua pelajar SMTDRL. Pelaksanaan kem Mukhayyam  Al-Quran adalah salah satu usaha ke arah meningkat  pencapaian pelajar dalam bacaan dan hafazan Al-Quran. Ia perlu dilaksanakan untuk  mengatasi masalah keciciran penguasaan hafazan Al-quran.
Objektif :
1)      Membantu murid-murid yang tercicir dalam hafazan Al-Quran melalui  P & P.

2)      Membantu murid supaya dapat mengikuti sukatan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
                        Pelajar bersama cikgu dila 

Pelajar bersama Ustaz Zairul


Pelajar tingkatan dua Sina


Pelajar Tingkatan Tiga Sina bersama dengan Ustaz Khair


                                                         Pelajar bersama teacher Niesha

Rabu, 18 Jun 2014



PERTANDINGAN SENI SILAT SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK
Tarikh: 9-11 Mei 2014
Hari : Jumaat – Ahad
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al Baqir

Pada tarikh 9 hingga  11 Mei 2014, ahli unit beruniform persatuan Seni  Silat STARULe telah dipilih untuk menyertai pertandingan Seni  silat  sekolah-sekolah Peringkat Negeri Perak. Persembahan pertandingan  terbahagi kepada lima kategori sekolah menengah dan dua kategori muzik. Ahli persatuan seni silat sekolah telah mengambil bahagian dalam tiga kategori sahaja iaitu kategori seni silat asli, gendang silat KPM dan muzik silat tempatan yang diwakili oleh saudara  Amir Rafiqi, Ahmadi  Syawal, Nik Muhammad Irfan Hamizan, Alif, Muhammad Nur Iman, Muhammad Danial Syahmi dan Muhammad Zuhairi.


Isnin, 16 Jun 2014

PROGRAM HARI GURU 21/05/2014

PROGRAM : SAMBUTAN HARI GURU
TARIKH     : 21 MEI 2014
HARI          : RABU
TEMPAT   : DEWAN MINI SMTDRL

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormat kan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma punyalah banyak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pada hari Rabu bersamaan 21 Mei 2014 yang lalu,Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong  telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru ke 3 bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2014.Sambutan tersebut diadakan di Dewan Mini SMTDRL.Tujuan majlis diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mengajar dan mendidik  sehingga berjaya.Jika tiada guru,tiadalah doktor,angkasawan dan lain lain.

Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Mini SMTDRL  pada jam 11.00 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Muhammad Syamilhaziq bin Mohd Shahimi untuk memberkati majlis . Majlis diserikan dengan Perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Cik Nor Rashidah bt. Ab. Khalil. Selepas itu, dituruti dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh pengetua SMTDRL  En.Faiz bin Muhammad Rafaai. Ucapan wakil pelajar yang disampaikan oleh Ketua Umum Muhammed Ammar bin Mohd Darus. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan wakil guru yang disampaikan oleh Cik Noor Nisha bt Mohamed Sahrif.

                              Guru diiringi oleh pelajar ke dewan mini

                                                   Guru dan pelajar berhimpun di dewan mini
 Ucapan perasmian : Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai
       Ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : Cik Nor Rashidah
                Ucapan wakil guru : Cik Noor Niesha
                              Ucapan wakil pelajar : Muhammed Ammar bin Mohd Darus

 Majlis dimeriahkan dengan nyayian lagu Guru Malaysia yang dinyayikan oleh guru-guru SMTDRL dengan bersemangat dan harmoni dan bacaan Ikrar Hari Guru yang dipimpin oleh En.Zairul Amin bin Ghalib. Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan silat dari Kelab silat iaitu Muhammad Zuhairi bin kharudin dan Alif bin Azmi. Majlis digamatkan lagi dengan persembahan nasyid spontan daripada guru-guru lelaki dan persembahan lakonan daripada guru-guru perempuan. Majlis diselangi dengan pertukaran hadiah antara guru-guru.Bagi melengkapkan lagi Sambutan Hari Guru dengan upacara memotong  kek telah dijalankan.

Bacaan iqrar dan nyayian lagu Guru Malaysia



                                                                    Persembahan Silat



                                                         Acara pertukaran hadiah diantara guru-guru
                                                            Barisan guru-guru SMTDRL

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"