Rabu, 14 Mei 2014

KARNIVAL MESRA BELIA JOM KE PUTRAJAYA (10/05/2014)


TARIKH  : 10 MEI 2014
HARI        : SABTU
TEMPAT : BAGAN DATOH

Pada tarikh 10 Mei 2014,  Ahli Kelab Nasyid  dan Kesenian SMTDRL telah dipilih untuk mewakili Daerah Lenggong ke peringkat Negeri dalam pertandingan nasyid dan Tilawah Al-Quran. Peryertaan ini adalah rintitan atas kemenangan peserta nasyid dan tilawah Al-Quran di peringkat Daerah Lenggong semasa Karnival Fiesta Belia 1 Malaysia pada tanggal 05 April 2014 yang bertempat di Dataran Lenggong.
Peserta  Nasyid :
Ø  Abdul Haadi bin Kamalyuzan
Ø  Ahmad Azamuddin bin Ahsian
Ø  Ahmad Iqbal bin Mohd Nasir
Ø  Mohamad Aizat Fahmi bin Mohamad Sabri
Ø  Muhammad Najmi bin Jamalludin
Ø  Muhammed Ammar bin  Mohd Darus
Ø  Muhammad Ammar bin Abu Bakar
Ø  Muhammad Hafizul Aziz bin Mohd Suhaimi
Ø  Muhammad Irfan Wazif bin Mohd Nizam
Ø  Muhammad Saifuddin bin Mohd Zahid
Peserta Tilawah Al-Quran
*      Muhammad Nazmi bin Ibrahim


KEM KEPIMPINAN DAN MOTIVASI PEMBENTUKAN PERIBADI PELAJAR (24-27/05/2014)

TARIKH  : 24 - 27 APRIL 2014
HARI       : KHAMIS - AHAD
TEMPAT : KEM CINTA ALAM KELIMAT, SUNGAI SIPUT.

Kem Kepimpinan dan Motivasi Pembentukan Peribadi Pelajar telah dijalankan selama 4 hari 3 malam di Kem Cinta Alam Kelimat, Sungai Siput dengan jayanya. Pelajar-pelajar berserta guru pengiring bertolak pada jam 4 petang dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
       
             Program dimulakan dengan taklimat daripada kem komandan dan agihan fail kepada semua peserta. Peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama ( Kepimpinan ) disertai oleh pengawas sekolah dan kumpulan kedua ( Motivasi ) disertai oleh pelajar- pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Objektif utama kem adalah untuk memantapkan jati diri pelajar.

           Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah untuk para pelajar Motivasi  ialah Open Your Mind, Usrati, Madrasati dan Peluhmu Peluhku jua manakala aktiviti untuk pelajar Kepimpinan ialah Kau dan Aku Satu Hati, Qawiyul Amin, Diri Terpimpin Organisasi Terjamin dan Man of  steel. Aktiviti outdoor telah disediakan oleh pihak Kem iaitu Badan Cergas Otak Cerdas, River Crossing, Nite Walk, Berakit dan Explorace.

            Sesi tasmi yang melibatkan semua guru telah berjaya dilaksanakan dimana ianya membantu merapatkan ukhwah antara guru dan peserta kem.Aktiviti  kerohanian turut dilaksanakan, diantaranya Qiamulail, Khatam Quran, Tazkirah dan Bacaan Surah Al-Mulk sebelum tidur.

            Semua guru, kakitangan dan peserta pulang dan tiba dengan selamat ke destinasi masing-masing pada hari Ahad. Jazakaallahukhairan katsira diucapakan kepada semua guru, kakitangan dan peserta atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.

                                        
                                     Peserta sampai di Kem Cinta Alam Kelimat, Sungai Siput

                                                              Tempat penginapan peserta


                                                Peserta solat berjemaah dan pengagihan fail


                                                       Peserta dan guru menjamu selera


                                                           Pengagihan kumpulan
 
                                             Slot motivasi daripada Ustaz Munawir




                                                     Slot kerohanian : khatam Al-Quran


                                               Taklimat river crossing oleh jurulatih bertauliah


                                                     Peserta berjaya tiba di tali penamat
                                                 Peserta membuat persiapan untuk berakit
                                                         Peserta diberi tugasan berkumpulan

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"