Sabtu, 5 April 2014

KARNIVAL SUKAN 21 MAC 2014 - 23 MAC 2014

KARNIVAL SUKAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2014

Pada tarikh 21 Mac 2014 hingga 23 Mac 2014 yang lalu Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Negeri Perak telah mengadakan Karnival Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Perak. Sekolah yang terlibat dalam karnival sukan di bawah  Jabatan Agama Negeri Perak adalah Sekolah Menengah Agama Negeri SMAN, Sekolah Menengah Agama SMA, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK dan  Sekolah Menengah Agama Tahfiz SMAT.Tujuan utama keterlibatan pelajar-pelajar dalam karnival sukan ini adalah untuk merapatkan ukhwah bagi sekolah-sekolah Agama Negeri Perak.
Antara acara yang dipertandingkan adalah ping-pong,bola sepak,sepak takraw,bola jaring, badminton dan bola tampar. Pihak sekolah telah menghantar pasukan ping-pong yang diwakili oleh 7 peserta iaitu Abdul Haadi, Ahmad Shallahhuddin,  Muhammad Aizat Fahmi, Muhammad Hafizd, Muhammad Najmi, Muhammad Umar Mustaqim dan Muhammad Ammar.  
Setiap pertandingan ada kalah dan menang, Peserta kita 6 orang telah kencundang  diset pertama, manakala seorang lagi kalah diset kedua. Walaubagaimanapun setiap peserta telah menunjukkan kerjasama dan semangat yang tinggi dalam pertandingan ping-pong. Pihak sekolah menghargai komitmen yang diberikan oleh setiap peserta. 
Pengadil memerhatikan set pertandingan

Permain bermain bersungguh2

Pemain memberi penumpuan dalam setiap set pertandingan



Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"