Selasa, 15 April 2014

LAWATAN PENANDA ARAS KE DARUL QURAN (JAKIM) (11/04/2014)

PROGRAM    :  LAWATAN PENANDA ARAS KE DARUL (JAKIM)
TARIKH          : 11 APRIL 2014
HARI                : JUMAAT
TEMPAT        : MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN (JAKIM) JALAN 
                             HAMZAH, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR.
ANJURAN       : UNIT SERANTA SMTDRL

Berpegang kepada pepatah “ jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”. Pada tarikh 11 April yang lalu unit seranta SMTDRL  telah menganjurkan satu lawatan Penanda Aras ke Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, Selangor. Lawatan ini direncanakan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar SMTDRL.
Objektif lawatan ini adalah untuk :
Ø  Memberi pendedahan awal tentang peluang menyambung pelajaran dalam bidang tahfiz di peringkat tinggi.
Ø  Melihat proses pengurusan kelas hafazan Darul Quran JAKIM.
Ø  Mendapat gambaran teknik dan cara menghafaz yang berkesan.
Ø  Mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah dan warga Darul Quran JAKIM.

Lawatan ke Darul Quran JAKIM disertai oleh 43 orang pelajar dan diiringgi oleh 11 0rang guru pegiring berserta seorang kakitangan. Pelajar-pelajar telah bertolak ke Darul Quran pada jam  5.30 pagi dan bersolat Subuh secara berjemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, INTIM. Perjalanan diteruskan  pada jam 7:15 pagi dan rombongan telah tiba di destinasi pada jam 9:20 pagi. Sejurus itu, pelajar diberi taklimat mengenai penubuhan dan sesi pembelajaran harian pelajar serta silibus pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak Darul Quran. Soal jawab secara terperinci diantara pihak SMTDRL dan pihak Darul Quran yang  memberi pelbagai maklumat kepada pelajar mengenai sistem di Darul Quran telah diadakan. Lawatan ini berakhir dengan sesi bergambar dihadapan Masjid Darul Quran sebagai kenang-kenangan.  Lawatan bertolak semula ke SMTDRL pada jam 2:30 selepas solat Jumaat.

Bertolak dari Masjid Sultan Azlan Shah,Ipoh INTIM
Pelajar mengambil tempat didalam bas
Pelajar tiba ke Darul Quran pada pukul 9:20 pagi
                     Pelajar bertolak ke perpustakaan untuk sesi taklimat mengenai Darul Quran


                                     Guru dan pelajar menjamu selera selepas sesi taklimat

                           Pelajar dan guru diberi peluang melawat kawasan Darul Quran





                         Pelajar bergambar sebagai kenangan di hadapan Masjid Darul Quran

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 09/04/2014

PROGRAM    : WATIKAH PENGAWAS
TARIKH         : 09 APRIL 2014 (RABU)
TEMPAT        : DATARAN SMTDRL

KETUA UMUM : MUHAMMED AMMAR BIN MOHD DARUS                                     (TING.3)
TIM. KETUA UMUM (SEKOLAH ) : MUHAMMAD ZUHAIRI BIN KHARUDIN    (TING.3)
TIM.KETUA UMUM (ASRAMA) : MUHAMMAD HAFIZD BIN ZAINOL ABIDIN  (TING.3)

PENGAWAS :
Ø  AHMAD AZAMUDDIN BIN AHSIAN                                                    (TING.3)
Ø  AHMAD SHALLAHUDDEN BIN MOHA MAD SABRI                     (TING.3)
Ø  MUHAMMAD NAJMI BIN JAMALLUDIN                                           (TING.3)
Ø  DINNI NUR FAHMIE BIN ABDUL RAZAK                                        (TING.2)
Ø  MUHAMMAD ‘AFIF SYIMIR BIN SAFIAN                                         ( TING.2)
Ø  MUHAMMAD AMMAR BIN ABU BAKAR                                          (TING.2)
Ø  MUHAMMAD FARID BIN MUHAMAD                                               (TING.2)
Ø  MUHAMMAD HAFIZUL AZIZ BIN MOHD SUHAIMI                    (TING.2)
Ø  MUHAMMAD TAUFIQ IKHMAL BIN MOHAMAD ROSHID       (TING.2)
Ø  ALIF BIN AZMI                                                                                            (TING.1)
Ø  MUHAMMAD HAKIM BIN ROZAIDI                                                  (TING.1)

Pihak sekolah mengharapkan pengawas dapat menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.

                                          Ketua umum :Muhammad Ammar bin Mohd Darus


                    Timbalan ketua umum (Sekolah) : Muhammad zuhairi bin kharudin
                                                      ( Asrama) : Muhammad Hafizd bin Zainol Abidin

 

Bacaan Iqrar selepas penyerahan Watikah, yang dipimpin oleh
                                                                      Ketua umum Saudara Muhammad Ammar bin Mohd Darus.







Barisan Pengawas Sekolah sesi 2014/2015

KARNIVAL FIESTA BELIA 1 MALAYSIA 05/04/2014

PROGRAM    : KARNIVAL FIESTA BELIA 1 MALAYSIA
TEMPAT        : DATARAN LENGGONG
TARIKH         : 05/04/2014
HARI              : SABTU

PESERTA NASYID  :  JOHAN
*      ABDUL HAADI BIN KAMALYUZAN
*      MUHAMMAD IRFAN WAZIF BIN MOHD NIZAM
*      IBRAHIM SYAMIL BIN SULAIMAN SHAH
*      AHMAD IQMAL BIN MOHD NASIR
*      MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN MOHD ZAHID
*      MUHAMMAD NAJMI BIN JAMALLUDIN
*      MOHAMAD AIZAT FAHMI BIN MOHAMAD SABRI
*      MUHAMMAD AMMAR BIN ABU BAKAR
*      MUHAMMAD NAZMI BIN IBRAHIM
*      MUHAMMAD HAFIZUL AZIZ BIN MOHD SUHAIMI

PESERTA TILAWAH :
§  MUHAMMAD NAJMI BIN JAMALLUDIN          : TEMPAT 3
§  MUHAMMAD NAZMI BIN IBRAHIM                  : TEMPAT 2
§  MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN MOHD ZAHID

PESERTA PIDATO BAHASA MELAYU :
Ø   MUHAMMAD NAFIZ BIN PAUZI

Syahbas dan tahniah diucapkan atas kemenangan yang telah diraikan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesungguhan pelajar dalam latihan.Jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk bersemangat untuk Berjaya dalam pelajaran.


          Syabas kepada kumpulan Nasyid Sekolah SMTDRL Jailul Munsyeed atas kejohanan



MAJLIS KENALI LEMBAH LENGGONG OLEH AHLI PARLIMEN LENGGONG BERSAMA MEDIA MALAYSIA BIKERS (05/04/2014)

                    PRPOGRAM  :  KENALI LEMBAH LENGGONG
                 TARIKH         : 05/04/2014
                 HARI              : SABTU
                TEMPAT       : DATARAN SMTDRL
Pada tarikh 05 April 2014 adalah tarikh yang memberi makna bagi pelajar-pelajar dan kakitangan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan atas kunjungan hormat oleh Ahli Parlimen Lenggong Dato’ Samsul Anuar bin Nasarah dan Motor Media Malaysia Bikers serta Encik Ahmad Razli Ahmad ketua kampung Lenggong.
Ø  Program bermula pada   pukul 1.00 t/hari dengan dimulai bacaan doa   yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad khair   Azhar  bin kamaruddin.
Ø  Majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua SMTDRL En.Faiz bin Muhammad Rafaai.
Ø  Seterusnya Ucapan wakil daripada kumpulan Motor Media Malaysia Bikers En.Usop bin Ahmad.
Ø  Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah SMTDRL Jailul Munsyeed.
Program diteruskan dengan ucapan Yang berhormat Dato’ ShamsuAnuar bin Nasarah Ahli parlimen Lenggong.  Dalam ucapannya meminta pelajar-pelajar SMTDRL belajar bersunggguh-sungguh dalam mencapai kejayaan yang cemerlang. Beliau juga meluluskan permohonan sumbangan penambahbaikan kemudahan sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.
Ø  Program berakhir dengan jamuan makan.
Ø  Pelajar diberi peluang menunggang motor bersama dengan kumpulan Motor Media Malaysia Bikers.


Isnin, 7 April 2014

PROGRAM KEMBARA TAHFIZ PERAK f.m 08/02/2014-08/03/2014

                           Program               : Kembara Tahfiz Perak f.m  
                           Tempat                 : Auditorium Perak f.m, Ipoh
                           Tarikh                   : 08/02/2014
                           Masa                    : 9.00 Pagi
                           Nama peserta     : Mohamad Aizat Fahmi bin Mohamad Sabri
                           Guru pengiring    : Muhammad Khair Azhar Kamruddin

Pada tarikh 8 Februari 2014 pihak sekolah telah menghantar seorang peserta wakil sekolah dalam program Kembara Tahfiz Perak f.m. Program ini adalah untuk melatih para pelajar sentiasa menjaga hafazan dan memahirkan diri dalam bidang tajwid. Pihak sekolah telah menghantar Mohamad Aizat Fahmi bin Mohamad Sabri dari pelajar tingkatan 3. Program Kembara Tahfiz ini dijalankan dalam setiap minggu pada hari sabtu. Beliau telah berjaya meneruskan sehingga minggu ke-5 sahaja.Walaubagaimanapun pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Mohamad Aizat Fahmi bin Mohamad Sabri kerana dapat melayakkan diri sehingga minggu ke-5. Warga Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong mengucapkan terima kasih atas kesungguhan dalam mertabadkan keagonggan al-Quran dan keterlibatan beliau dalam Program Kembara Tahfiz.Dan tidak dilupakan ucapan jazakallahu khairan kathira atas bimbingan yang diberikan.





Sabtu, 5 April 2014

KARNIVAL SUKAN 21 MAC 2014 - 23 MAC 2014

KARNIVAL SUKAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2014

Pada tarikh 21 Mac 2014 hingga 23 Mac 2014 yang lalu Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Negeri Perak telah mengadakan Karnival Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Perak. Sekolah yang terlibat dalam karnival sukan di bawah  Jabatan Agama Negeri Perak adalah Sekolah Menengah Agama Negeri SMAN, Sekolah Menengah Agama SMA, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK dan  Sekolah Menengah Agama Tahfiz SMAT.Tujuan utama keterlibatan pelajar-pelajar dalam karnival sukan ini adalah untuk merapatkan ukhwah bagi sekolah-sekolah Agama Negeri Perak.
Antara acara yang dipertandingkan adalah ping-pong,bola sepak,sepak takraw,bola jaring, badminton dan bola tampar. Pihak sekolah telah menghantar pasukan ping-pong yang diwakili oleh 7 peserta iaitu Abdul Haadi, Ahmad Shallahhuddin,  Muhammad Aizat Fahmi, Muhammad Hafizd, Muhammad Najmi, Muhammad Umar Mustaqim dan Muhammad Ammar.  
Setiap pertandingan ada kalah dan menang, Peserta kita 6 orang telah kencundang  diset pertama, manakala seorang lagi kalah diset kedua. Walaubagaimanapun setiap peserta telah menunjukkan kerjasama dan semangat yang tinggi dalam pertandingan ping-pong. Pihak sekolah menghargai komitmen yang diberikan oleh setiap peserta. 
Pengadil memerhatikan set pertandingan

Permain bermain bersungguh2

Pemain memberi penumpuan dalam setiap set pertandingan



"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"