Rabu, 19 Mac 2014

Bulan Transisi Pelajar Tingkatan Satu Sesi 2014 (16/1/2014 - 19/2/2014)

Pada hari Rabu 19 Februari 2014 yang lalu sekolah telah mengadakan majlis penutup transisi bagi meraikan palajar baru tingkatan 1 sesi 2014. Minggu transisi dijalankan selama 4 minggu, bermula pada 15 Januari 2014 yang di mulai dengan taklimat pengenalan sekolah  dan asas kehidupan diasrama yang dipimpin oleh ustaz hafiz selaku warden asrama dan berakhir pada 17 Februari 2014 rehlah di tasik raban. Dalam pada itu juga, beberapa aktivi yang dijalankan semasa minggu transisi. Antaranya teknik kekal hafazan, teknik membuat nota bagi setiap mata pelajaran serta teknik belajar yang berkesan.
Majlis penutup minggu transisi 2014 bermula pada pukul 9.15 pagi bertempat di dewan mini SMTDRL. Majlis dimulakan dengan ucapan warden oleh ustaz Hafiz dan diteruskan dengan ucapan pengetua SMTDRL oleh Ustaz Faiz  bin Rafaai serta merasmikan majlis penutup transisi 2014.Majlis di meriahkan dengan persembahan dari pelajar tingkatan 1.
Majlis penutup Transisi berakhir dengan penyampaian hadiah bagi kategori  pelajar mithali,aktif dan hafazan mantap.
·        Pelajar mithali:Mohd Hakim Rozaidi
·        Pelajar aktif : Ahmad Syawal mohd Faeree
·        Pelajar hafazan terbaik : Mohd Alif Najmi M.Nasir.


Ucapan perasmian majlis penutup transisi 2014
Ustaz Faiz bin Rafaai
Pengetua SMTDRL

persembahan pelajar tingkatan 1

persembahan pelajar tingkatan 1


persembahan pelajar tingkatan 1


Anugerah pelajar mithali , aktif dan hafazan terbaik


Lawatan ke muzium Arkeologi Lenggong
minggu transisi

rehlah di Tasik Raban

 rehlah ke lata kekabu

menjamu selera di lata kekabu

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"