Rabu, 19 Mac 2014

Festival Sukaneka Tertutup kali ke-3 SMTDRL 2014 (8/3/2014)

8 MAC 2014 - Majlis festival sukaneka tertutup Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong buat kali ke-3 telah berlangsung dengan jayanya di padang SMTDRL bermula
jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari diiringi dengan tepukan dan sorakan.


Festival sukan dimulakan dengan upacara perbarisan kawad kaki oleh kontigen rumah-rumah sukan yang diwakili dengan rumah kuning,merah dan hijau, perbarisan kawad kaki disusuli dengan pembacaan iqrar dari kontegen rumah-rumah sukan yang  dipimpin  oleh saudara Muhammad Kamal bin Mohd Nazarudin. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Dinnie Nur Fahmi bin Abdul Razak dan diikuti ucapan perasmian yang disampaikan oleh Encik Saidin bin Jaafar selaku Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah.

Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah kawad kaki bagi semua kontegen rumah sukan,cari syiling dalam tepung, lari dalam guni, tarik upih pinang ,baling belon air, susah senang bersama,top soot dan tarik tali.  Bagi pertandingan  ping pong,  lontar peluru dan  bola sepak  dilaksanakan sebelum hari sukaneka berlangsung. Acara sukaneka yang dipertandingkan dimeriahkan dengan sorakkan setiap rumah sukan masing-masing bagi memberi semangat kepada pemain. Justeru menghangatkan lagi suasana festivel sukan tahunan kali ini. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali.
Secara keseluruhannya, Rumah Merah (Umar al khattab) telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Hijau (Khalid al walid).. Festivel sukan  disempurnakan dengan jayanya. Semangat pelajar dan guru-guru yang saling membantu dan bekerjasama untuk   melatih pelajar berkawad sangat dihargai. Tahniah diucapkan!




Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"