Ahad, 30 Mac 2014

MAKLUMAN TAQWIM STARULe BULAN APRIL 2014


Berikut adalah Taqwim sekolah untuk bulan April 2014 dan ia berbeza dengan taqwim perancangan asal disebabkan faktor-faktor tertentu:

TARIKH                  AKTIVITI                                                              TEMPAT

4 April 2014          Lawatan Penanda Aras ke SMKA Sultan Azlan Shah  Bota, Perak
                              (Pengawas dan pelajar Tingkatan 2)

10-11 April 2014    Lawatan Penanda Aras ke Darul Qur'an           Kuala Kubu Baru
                               (Pelajar Tingkatan 1 & 3)

18-20 APRIL 2014    CUTI PULANG KE KAMPUNG (Jumaat - Ahad)

24-27 April 2014       Kem Motivasi dan Kem Kepimpinan      Kem Kelimat Cinta Alam,
                                   (Semua pelajar)                                        Sungai Siput Utara


* Ibubapa dialu-alukan untuk hadir ke Kem Kelimat Cinta Alam untuk melihat pelaksanaan program.

* Pihak sekolah amat mengalu-alukan sebarang idea / teguran / cadangan daripada Ibubapa atas sebarang aspek untuk kepentingan bersama. Sebarang cadangan boleh dinyatakan di 'shoutbox' yang disediakan di laman blog ini, atau dikirim ke email sekolah (smtdrl2012@yahoo.com) atau terus ke email Pengetua (faizrafaai@yahoo.com

Rabu, 19 Mac 2014

Festival Sukaneka Tertutup kali ke-3 SMTDRL 2014 (8/3/2014)

8 MAC 2014 - Majlis festival sukaneka tertutup Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong buat kali ke-3 telah berlangsung dengan jayanya di padang SMTDRL bermula
jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari diiringi dengan tepukan dan sorakan.


Festival sukan dimulakan dengan upacara perbarisan kawad kaki oleh kontigen rumah-rumah sukan yang diwakili dengan rumah kuning,merah dan hijau, perbarisan kawad kaki disusuli dengan pembacaan iqrar dari kontegen rumah-rumah sukan yang  dipimpin  oleh saudara Muhammad Kamal bin Mohd Nazarudin. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Dinnie Nur Fahmi bin Abdul Razak dan diikuti ucapan perasmian yang disampaikan oleh Encik Saidin bin Jaafar selaku Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah.

Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah kawad kaki bagi semua kontegen rumah sukan,cari syiling dalam tepung, lari dalam guni, tarik upih pinang ,baling belon air, susah senang bersama,top soot dan tarik tali.  Bagi pertandingan  ping pong,  lontar peluru dan  bola sepak  dilaksanakan sebelum hari sukaneka berlangsung. Acara sukaneka yang dipertandingkan dimeriahkan dengan sorakkan setiap rumah sukan masing-masing bagi memberi semangat kepada pemain. Justeru menghangatkan lagi suasana festivel sukan tahunan kali ini. Acara kejohanan diakhiri dengan acara tarik tali.
Secara keseluruhannya, Rumah Merah (Umar al khattab) telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Hijau (Khalid al walid).. Festivel sukan  disempurnakan dengan jayanya. Semangat pelajar dan guru-guru yang saling membantu dan bekerjasama untuk   melatih pelajar berkawad sangat dihargai. Tahniah diucapkan!




Bulan Transisi Pelajar Tingkatan Satu Sesi 2014 (16/1/2014 - 19/2/2014)

Pada hari Rabu 19 Februari 2014 yang lalu sekolah telah mengadakan majlis penutup transisi bagi meraikan palajar baru tingkatan 1 sesi 2014. Minggu transisi dijalankan selama 4 minggu, bermula pada 15 Januari 2014 yang di mulai dengan taklimat pengenalan sekolah  dan asas kehidupan diasrama yang dipimpin oleh ustaz hafiz selaku warden asrama dan berakhir pada 17 Februari 2014 rehlah di tasik raban. Dalam pada itu juga, beberapa aktivi yang dijalankan semasa minggu transisi. Antaranya teknik kekal hafazan, teknik membuat nota bagi setiap mata pelajaran serta teknik belajar yang berkesan.
Majlis penutup minggu transisi 2014 bermula pada pukul 9.15 pagi bertempat di dewan mini SMTDRL. Majlis dimulakan dengan ucapan warden oleh ustaz Hafiz dan diteruskan dengan ucapan pengetua SMTDRL oleh Ustaz Faiz  bin Rafaai serta merasmikan majlis penutup transisi 2014.Majlis di meriahkan dengan persembahan dari pelajar tingkatan 1.
Majlis penutup Transisi berakhir dengan penyampaian hadiah bagi kategori  pelajar mithali,aktif dan hafazan mantap.
·        Pelajar mithali:Mohd Hakim Rozaidi
·        Pelajar aktif : Ahmad Syawal mohd Faeree
·        Pelajar hafazan terbaik : Mohd Alif Najmi M.Nasir.


Ucapan perasmian majlis penutup transisi 2014
Ustaz Faiz bin Rafaai
Pengetua SMTDRL

persembahan pelajar tingkatan 1

persembahan pelajar tingkatan 1


persembahan pelajar tingkatan 1


Anugerah pelajar mithali , aktif dan hafazan terbaik


Lawatan ke muzium Arkeologi Lenggong
minggu transisi

rehlah di Tasik Raban

 rehlah ke lata kekabu

menjamu selera di lata kekabu

Selasa, 11 Mac 2014

Takwim Mac

1 Mac 2014 (Sabtu)                           - Keluar kawasan

3 Mac - 7 Mac 2014 (Isnin - Jumaat) - Minggu Sukan dan Permainan

8 Mac 2014 (Sabtu)                           - Festival Sukaneka Tahunan SMTDRL 2014

21 Mac - 30 Mac 2014                      - Cuti Pertengahan Penggal 1 / Balik kampung 3
                                                           ( Pelajar akan pulang semula ke asrama pada
                                                             30 Mac 2014 (Ahad) )

* Ibu/bapa/penjaga boleh menjemput pulang anak/jagaan anda pada 21/3/2014 selepas solat Jumaat.
* Jika terdapat perubahan,akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"