Selasa, 11 Februari 2014

Majlis Sambutan Hari Penubuhan Sekolah dan Pelancaran Majalah Sekolah (Smadil'13 Edisi Kedua) (16/01/2014)

Pada 16 Januari 2014 yang lalu,sekolah telah mengadakan sebuah majlis bagi memperingati tarikh keramat SMTDRL ditubuhkan.Tahun 2014 merupakan tahun yang ketiga SMTDRL ditubuhkan.Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dari seluruh warga SMTDRL dan seterusnya diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengetua SMTDRL En. Faiz Bin Muhammad Rafaai.Seterusnya,tayangan video berkaitan keadaan sekolah semenjak ditubuhkan sehingga kini.Tidak dinafikan,terdapat beberapa perubahan ketara yang berlaku pada setiap tahun demi untuk keselesaan dan kelengkapan yang cukup untuk pelajar dan juga kakitangan sekolah.Dengan adanya kemudahan yang mencukupi akan memudahkan pelajar untuk menimba ilmu dengan lebih selesa dan juga memudahkan kakitangan untuk memberikan yang lebih terbaik lagi pada masa akan datang.Insyaallah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada setiap warga SMTDRL terutamanya kepada En. Faiz Bin Muhammad Rafaai kerana telah bertungkus lumus dan berbakti kepada pihak sekolah sepanjang 3 tahun ini.Diharap warga SMTDRL dapat teruskan perjuangan demi masa hadapan SMTDRL.Majlis diteruskan pula dengan persembahan nasyid dari pelajar SMTDRL.Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian majalah sekolah (smadil 13 edisi kedua) kepada Unit Redaksi sesi 2013, dan diakhiri dengan selawat nabi.





Majalah Sekolah (Smadil'13 Edisi Kedua)

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"