Selasa, 11 Februari 2014

Takwim Februari

15/01/2014 - 18/02/2014  - Bulan Transisi Pelajar Tingkatan 1/2014

18 Februari 2014(Selasa)  - Majlis Penutup Bulan Transisi Pelajar Tingkatan 1/2014

21 Februari 2014 (Jumaat) - Pelajar balik kampung 2
                                            (Pelajar pulang semula ke asrama pada 23 Februari 2014 -
                                             Ahad)

* Jika terdapat perubahan,akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Majlis Sambutan Hari Penubuhan Sekolah dan Pelancaran Majalah Sekolah (Smadil'13 Edisi Kedua) (16/01/2014)

Pada 16 Januari 2014 yang lalu,sekolah telah mengadakan sebuah majlis bagi memperingati tarikh keramat SMTDRL ditubuhkan.Tahun 2014 merupakan tahun yang ketiga SMTDRL ditubuhkan.Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dari seluruh warga SMTDRL dan seterusnya diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengetua SMTDRL En. Faiz Bin Muhammad Rafaai.Seterusnya,tayangan video berkaitan keadaan sekolah semenjak ditubuhkan sehingga kini.Tidak dinafikan,terdapat beberapa perubahan ketara yang berlaku pada setiap tahun demi untuk keselesaan dan kelengkapan yang cukup untuk pelajar dan juga kakitangan sekolah.Dengan adanya kemudahan yang mencukupi akan memudahkan pelajar untuk menimba ilmu dengan lebih selesa dan juga memudahkan kakitangan untuk memberikan yang lebih terbaik lagi pada masa akan datang.Insyaallah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada setiap warga SMTDRL terutamanya kepada En. Faiz Bin Muhammad Rafaai kerana telah bertungkus lumus dan berbakti kepada pihak sekolah sepanjang 3 tahun ini.Diharap warga SMTDRL dapat teruskan perjuangan demi masa hadapan SMTDRL.Majlis diteruskan pula dengan persembahan nasyid dari pelajar SMTDRL.Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian majalah sekolah (smadil 13 edisi kedua) kepada Unit Redaksi sesi 2013, dan diakhiri dengan selawat nabi.





Majalah Sekolah (Smadil'13 Edisi Kedua)

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2014 (15/01/2014)

Pada 15 Januari 2013, SMTDRL sekali lagi telah menerima pelajar baru bagi tahun ketiga SMTDRL beroperasi. Ini menunjukkan sambutan yang semakin mengalakkan daripada ibu apa yang inginkan pembelajaran tahfiz dapat diterapkan terhadap anak-anak mereka. Pelajar yang hadir mendaftar adalah dari pelajar tingkatan 1 iaitu seramai 22 orang kesemuanya.Sebuah Majlis Taklimat Pendaftaran pula telah disampaikan oleh En. Faiz Bin Muhammad Rafaai,selaku Pengetua SMTDRL dalam memberi serba sedikit maklumat yang berguna untuk ibu bapa serta pelajar baru berkaitan pengenalan SMTDRL.Majlis telah dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis,seterusnya ucapan dari Pengetua SMTDRL dan juga dari tetamu kehormat iaitu En. Musanif Bin Mohamad Noh,selaku Penolong Pengarah,Bahagian Pendidikan,Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).




"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"