Khamis, 8 Ogos 2013

Program Khidmat Masyarakat Orang Asli di Kampung Tonggang,Ulu Kinta,Perak. (2 - 4 Ogos 2013)

Pada 2 – 4 Ogos 2013 yang lalu, SMTDRL telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di perkampungan orang asli di kampung Tonggang, Ulu Kinta, Perak. Program ini secara kebetulan bertembung dengan program Jelajah Ramadhan yang diadakan oleh pihak ASYIKfm. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar bagi membina kemahiran sosial, mengeratkan silaturahim sesama insan dan dalam masa yang sama menerapkan unsur dakwah terhadap masyarakat setempat. Antara program yang dilakukan ialah program khidmat masyarakat termasuk aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung , aktiviti memasak bubur lambuk dan masakan tradisional masyarakat kampung,persiapan sahur dan berbuka puasa. Selain itu program yang hanya melibatkan warga SMTDRL seperti ceramah motivasi kendiri, Program komuniti (pengenalan Al-Quran dan Halaqah Tadarus), solat berjemaah dan tazkirah telah berlangsung sepanjang 3 hari 2 malam di perkampungan tersebut.  Program ini menjadi perintis melatih pelajar untuk menghadapi cabaran bermasyarakat dan berdakwah. Insyaallah pada masa akan datang, penganjuran program seumpama ini akan ditingkatkan ke tahap seterusnya; antara lain seperti menjadikan pelajar sebagai anak angkat kepada penduduk setempat serta akan diadakan di tempat yang mempunyai masyarakat yang bukan Islam / penduduk miskin / komuniti berbilang kaum / rumah warga emas / asrama anak yatim. Adalah diharapkan seluruh warga SMTDRL, khasnya pelajar-pelajar mendapat pengalaman berharga dalam membina kemahiran sosial dan menyediakan diri sebagai Muslim Mukmin yang berupaya membangunkan masyarakat suatu hari kelak.

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Khidmat Masyarakat ini, khasnya Ustazah Rafiah (Rubi) dan suami (Ust Ali), Penghulu Kg Tonggang, Pengurus ASYIKfm (Pn Mariamah), pihak JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli), En Bajuri (Pegawai Khas ADUN Hulu Kinta), para penyumbang, ibubapa, seluruh warga kerja SMTDRL serta semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program tersebut.

Pelajar SMTDRL sedang menunggu van / kereta yang akan membawa mereka naik ke Kg Tonggang (6 km dari teepi jalan besar Tanjung Rambutan - Tanah Hitam, Chemor)

Berbuka puasa pada malam pertama di Kg Tonggang

"Khidmat Masyarakat" - membersihkan pinggan mangkuk dan peralatan memasak berbuka puasa


"Khidmat Masyarakat" - Mengecat balai raya kampung, membersihkan balai raya, membersih musolla.


Ceramah motivasi kendiri oleh Ustaz Abd Halim (mubaligh JAIPK untuk Kg Tonggang)

Program penutup - Inspirasi berdakwah oleh Ust Ali dan Ustazah Ruby serta ucapan Penghulu Kg. Tonggang



Majlis kemuncak bersama pihak ASYIKfm - persembahan nasyid, sesi tazkirah dan penyampaian cenderamata


Sesi penutup - bersalaman dengan semua pihak

Gambar kenangan warga SMTDRL dengan Ust Ali, Usth Ruby dan Penghulu Kg Tonggang
....moga anak-anak didik SMTDRL akan membesar menjadi pemuda yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.........

Jumaat, 2 Ogos 2013

Majlis Perpisahan Guru - Cikgu Nur Aznin Binti Sahari & Cikgu Khairunnissa Binti Zahidi (01/08/2013)

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh saudara Muhammed Ammar Bin Mohd Darus dan Dinni Nur Fahmie Bin Abdul Razak selaku pengerusi majlis dan bacaan doa oleh saudara Muhammad Harith Bin Mohamed Nasir. Majlis diteruskan pula dengan ucapan dari wakil pelajar iaitu Muhammad Izzuddin bin Fakri dan seterusnya ucapan dari Pengetua SMTDRL iaitu Ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai.



Majlis juga telah diserikan dengan beberapa persembahan nasyid dari pelajar SMTDRL khas buat guru-guru yang diraikan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan kata-kata terakhir oleh yang diraikan Cik Khairunnissa Binti Zahidi manakala Cik Nur Aznin Binti Sahari tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Sebelum berakhir,majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati kenang kenangan dari seluruh warga SMTDRL khas kepada yang diraikan.




Semoga Cikgu Aznin dan Cikgu Khairunnissa sihat sejahtera,
Menyusuri hari-hari yang ceria,
Di samping beribadat pada yang Esa,
Moga dilindungi Allah sentiasa.

-Terima kasih Cikgu, Jasamu dikenang-



"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"