Isnin, 29 Julai 2013

Taqwim Ogos

02 - 04 Ogos - Program Khidmat Masyarakat dan Motivasi Kendiri di Kampung Tonggang
                      Tanjung Rambutan, Perak

05 Ogos ISNIN - Pelajar balik Kampung 8 (selepas jam 10.00 AM)
                 (Pelajar pulang semula ke asrama pada 18 Ogos 2013 - Ahad )

05 - 18 Ogos - Cuti Aidil Fitri & Pertengahan Penggal 2

23 - 25 Ogos - Lawatan Penanda Aras ke SM IMTIAZ Besut,Terengganu

28 Ogos - Kursus Kemasan Diri Pelajar di Sekolah Izzuddin Shah

* Jika terdapat perubahan,akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Lawatan YB Mohd Nizar Bin Haji Zakaria dan Media RTM ke STARULe (23 Julai 2013)

Pada 23 Julai 2013 yang lalu, YB Mohd Nizar Bin Haji Zakaria iaitu Exco Pendidikan Negeri Perak bersama-sama media RTM telah hadir ke STARULe untuk melihat perkembangan STARULe sama ada dari segi pengurusan,akademik dan pembelajaran tahfiz pelajar di sini. Lawatan diadakan pada pukul 4 petang. Pengetua STARULe ditemuramah  oleh pihak RTM berkaitan pembelajaran tahfiz sempena Sambutan Nuzul Quran jumaat yang lalu.






Isnin, 22 Julai 2013

Kem Bidayatul Qiadah (kepimpinan asas) di Ulu Chepor,Perak. (19 - 21 Julai 2013)

Kem ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Julai 2013 bertempat di Kawasan Perkhelahan Ulu Chepor, Perak. Seramai 22 orang pelajar terlibat mengikuti kem ini yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua Kelas/Bilik serta Pengerusi/Naib Pengerusi Pertubuhan. Semua program telah dikendalikan oleh Cikgu Borhan bin Zaharudin (Pen. Kanan Kokurikulum Unit Tahfiz al-Qur'an Al Barakah) dan En. Sahisal Aznor (Biro Tatanegara Ipoh). Pelbagai modul dan pendekatan kepimpinan peringkat asas telah didedahkan kepada peserta yang terlibat. Walaupun program berlangsung semasa bulan Ramadhan, ianya tidak melemahkan semangat peserta kursus, begitu juga dengan sedikit cabaran yang terpaksa dihadapi ketika dalam perjalanan dari Lenggong ke Ulu Chepor di mana van sekolah mengalami kerosakan. Bagi guru-guru, pengalaman melihat pengendalian modul kursus merupakan pengkayaan ilmu dari segi idea dan praktik membentuk kepimpinan pelajar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Cikgu Bob dan Cikgu Aznor atas kesudian menjadi penceramah dan pengendali kursus kepimpinan ini.
 Sesi bersama Cikgu Aznor
 Sesi bersama Cikgu Bobb
Gelagat pelajar yang kepenatan semasa menunggu mekanik tiba untuk membaiki van sekolah yang rosak di pertengahan jalan



Jumaat, 12 Julai 2013

Taqwim Julai

1 Julai - Cuti Peristiwa

10 Julai - Awal Ramadhan

13 Julai - Keluar kawasan

19 - 21 Julai - Kursus Kepimpinan Pengawas SMTDRL

24 Julai - Pelajar balik Kampung 7 (selepas jam 3.30 PM)
               (Pelajar pulang semula ke asrama pada 28 Julai 2013 )

26 Julai - Cuti Nuzul Quran

* Jika terdapat perubahan,akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Isnin, 8 Julai 2013

Permohonan Sumbangan Ikhlas bagi Program Khidmat Masyarakat di Kg. Masyarakat Orang Asli Tonggang,Ulu Kinta,Perak.

Assalammualaikum w.b.t
Pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat yang disertai oleh semua pelajar pada bulan Ramadhan 1434 Hijrah yang akan datang. Sumbangan dari segi kewangan amat diperlukan untuk program ini. Program ini bertujuan melatih pelajar untuk membina kemahiran sosial dan menerapkan unsur dakwah kepada masyarakat setempat. Butiran Program adalah seperti berikut :

TARIKH : 2 - 4 OGOS 2013 (JUMAAT-AHAD)
TEMPAT : KG. MASYARAKAT ORANG ASLI TONGGANG, ULU KINTA, PERAK.

Justeru itu, jika anda ingin menyumbang untuk PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ini, bolehlah disalurkan sumbangan anda ke Akaun Bank Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong.

Maklumat akaun adalah seperti berikut :

NAMA BANK : MAYBANK
NAMA AKAUN : PIBG SEK MEN TAHFIZ DARUL RIDZUAN DAERAH
NO AKAUN MBB : 158136755798

Sekian, Terima Kasih. Sumbangan anda sangat bermakna dalam melaksanakan dan menjayakan program ini dengan sebaiknya. 

Isnin, 1 Julai 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 2 (29 Jun 2013)

Pada 29 Jun 2013 yang lalu, SMTDRL sekali lagi telah menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kali ke-2. Majlis Anugerah ini bertujuan untuk mengiktirafkan serta memberi penghargaan kepada para pelajar SMTDRL yang telah berjaya menunjukkan prestasi pencapaian tahfiz, kurikulum yang memberangsangkan pada peperiksaan pertengahan dan peperiksaan akhir tahun dan pengiktirafan juga diberikan kepada pelajar yang telah berjaya dalam kokurikulum. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya dianugerahkan pengiktirafan ini.







ANUGERAH KHAS TOKOH CEMERLANG KURIKULUM & KOKURIKULUM

Majlis diakhiri dengan Anugerah Khas Tokoh Cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum. Anugerah ini dikhaskan kepada pelajar yang telah berjaya menonjolkan pencapaian yang terbaik dalam kurikulum dan kokurikulum. Anugerah Khas Tokoh Cemerlang bagi kurikulum diserahkan kepada saudara Muhammad Syamil Haziq Bin Mohd Shahimi,manakala Anugerah Khas Tokoh Cemerlang bagi kokurikulum pula diserahkan kepada saudara Muhammad Taufiq Ikhmal Bin Mohamad Roshidi.Tahniah diucapkan!

" Kejayaan Anda Inspirasi Kami "

Setelah majlis selesai dijalankan,guru-guru dan ibu bapa pelajar pula bersedia untuk mengambil tempat bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong buat kali yang ke - 2.
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"