Rabu, 19 Jun 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN STARULe dan MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 2

Tarikh: 29 JUN 2013 (SABTU)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat: DEWAN MERDEKA LENGGONG
Perasmi: En. Farid bin Wazali (Setiausaha Kerja, Yayasan Perak)

* IBU BAPA DIMINTA HADIR SEBELUM PUKUL 9 PAGI KERANA PARKIR DI DEWAN MERDEKA ADALAH SANGAT TERHAD. HARAP MAKLUM.

Surat jemputan kepada ibubapa sedang diedarkan melalui pos. Pelajar boleh pulang ke kampung selepas zohor pada hari tersebut dan pulang semula ke asrama pada 1 Julai 2013 (Isnin) sebelum jam 6 petang. Ibubapa dipohon menghadirkan diri jam 8.30 pagi. Jamuan makan tengahari akan disediakan di dewan majlis.

Selasa, 18 Jun 2013

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2013 (17 Jun 2013)

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Ketua Tingkatan dan Ketua Asrama telah disempurnakan oleh Pengetua SMTDRL, En. Faiz Muhammad Rafaai. Pengawas sekolah merupakan murid-murid yang terpilih di sekolah di kalangan pengawas percubaan kerana keterampilan dan pencapaian dalam bidang akademik & kokurikulum yang baik dan cemerlang. Pengetua memberi peringatan dan nasihat kepada pengawas tentang tanggungjawab seorang pengawas sebagai pembantu guru-guru dalam membentuk sahsiah diri murid-murid di sekolah. Oleh itu, pengawas yang dilantik mestilah menunjukkan contoh yang baik agar menjadi ikutan warga sekolah yang lain.

Ketua Umum: Saudara Muhammad Harith b. Mohamed Nasir

Timbalan Ketua Umum: Saudara Muhammad Izzuddin b. Fakri

Pengawas: Saudara Muhammed Ammar b. Mohd Darus

Pengawas: Saudara Ahmad Azamuddin b. Ahsian


Pengawas: Saudara Muhammad Zuhairi b. Kharudin

Pengawas: Saudara Muhammad Taufiq Ikhmal b. Mohd Roshidi

Pengawas: Saudara Dinnie Nur Fahmie b. Abd. Razak


Pengawas: Saudara Muhammad Ammar b. Abu Bakar

Pengawas: Saudara Muhammad Farid b. Muhammad

Pengawas: Saudara Muhammad 'Afif Syimir b. Safian

Pengawas: Saudara Muhammad Syahmi b. Zulkepli

Ketua Tingkatan 1: Saudara Muhammad Hafizul Aziz b. Mohd Suhaimi

Ketua Tingkatan 2: Saudara Muhammad Amar Razman b. Mohd Nazer

Ketua Asrama: Saudara Abdul Haadi b. Kamalyuzan

Lafaz Ikrar oleh Pengawas Sekolah


SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!

Isnin, 10 Jun 2013

Taqwim Jun

1 Jun - Hari Keputeraan DYMM Agong

6 Jun - Israk & Mikraj

29 Jun - Majlis Anugerah Kecemerlangan SMTDRL 2013

29 Jun - Mesyuarat PIBG (selepas selesai Majlis Anugerah Kecemerlangan SMTDRL 2013)

29 Jun - Pelajar balik Kampung 6
             (Pelajar pulang semula ke asrama pada 1 Julai 2013 (cuti peristiwa) )

* Jika terdapat perubahan,akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sabtu, 8 Jun 2013

Lawatan ke Kuala Lumpur (23-24 Mei 2013)

Tanggal 23-24 Mei 2013, satu lawatan sekitar Kuala Lumpur telah diadakan. Lawatan ini disertai seramai 43 orang murid dan diiringi oleh 6 orang guru. Lawatan ini merupakan salah satu misi kurikulum yang terdapat dalam pelan strategik Misi & Visi SMTDRL. Tempat lawatan adalah Petrosains, KLCC dan Planetrium Negara. Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, kami dijemput untuk bersarapan di Majlis Daerah Tanjong Malim di mana telah ditaja oleh ibu kepada pelajar Adib Abdullah Bedrul Fizial. Terima kasih diucapkan.







Program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan tentang ilmu pengetahuan berkaitan Sains & matematik kepada murid serta menimba ilmu sebanyak yang mungkin melalui penerokaan berdikari. Ini merupakan pembelajaran tidak langsung di luar bilik darjah dan memberi peluang kepada murid menimba ilmu secara tidak formal


Semoga lawatan ini akan memberikan kesan yang berguna dalam dunia Sains & Matematik terhadap murid-murid yang menyertai lawatan ini. Murid-murid seharusnya mengambil pengalaman dan bukan hanya semata- mata ingin bergembira dan berseronok.
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"