Rabu, 29 Mei 2013

Majlis Sambutan Hari Guru (22 Mei 2013)

Pada 22 Mei yang lalu, SMTDRL telah mengadakan Majlis sambutan hari guru yang bertemakan "Guru Malaysia : 1 Aspirasi,1 Agenda". Majlis yang diadakan bertujuan untuk menghargai jasa guru -guru dalam mendidik pelajar SMTDRL. Sambutan ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh staf sokongan SMTDRL bersama Perwakilan pelajar serta pelajar-pelajar SMTDRL yang terlibat. Majlis sambutan hari guru tersebut telah diadakan di dewan mini SMTDRL.

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh pengerusi majlis iaitu saudara Muhammad Azammudin Bin Ahsian dan saudara Muhammad Taufiq Ikhmal Bin Mohamed Roshidi dan seterusnya dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu Sekolah. 


Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Harith Bin Mohamed Nasir dan pembacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia bersama-sama perutusan daripada Pengarah Pelajaran Perak yang telah dibacakan oleh Pengetua SMTDRL iaitu En. Faiz Bin Muhammad Rafaai dan Penolong Kanan Pentadbiran SMTDRL iaitu En. Saidin Bin Jaafar.


Majlis diteruskan pula dengan ucapan dari wakil pelajar iaitu saudara Muhammad Izzuddin Bin Fakri serta ucapan dari wakil guru iaitu En. Hasifi Hilfi Bin Shahizan.Seterusnya, para guru diminta untuk membaca ikrar hari guru dan nyanyian Guru Malaysia dan seterusnya acara pemotongan kek hari guru.



Majlis diteruskan dengan persembahan para pelajar khas buat guru-guru SMTDRL.

Persembahan pertama - Silat
Persembahan kedua - Sketsa 1
Persembahan ketiga - Pidato
Persembahan keempat - Sketsa 2
Persembahan kelima - Persembahan Nasyid


Seterusnya majlis diselitkan juga dengan Anugerah Khas Guru. Kategori Anugerah Khas guru ini telah dipilih dan diundi sepenuhnya oleh semua pelajar SMTDRL seminggu sebelum majlis diadakan.Antara kategori yang dimenangi adalah seperti berikut :




Guru Paling Tegas : En. Faiz Bin Muhammad Rafaai
Guru Paling Berwibawa : En. Saidin Bin Jaafar
Guru Paling Penyayang : Cik Nur Aznin Binti Sahari
Guru Paling Popular : En.Hasifi Hilfi Bin Shahizan
Guru Paling Gigih : Pn Nur Adilah Binti Suriat
Guru Paling Kelakar : En. Mohd Hafiz Bin Shamsudin
Guru Paling Inovatif : Cik Khairunnissa Binti Zahidi
Guru Paling Cool : En. Ahmad Rasyidi Bin Mohamed Ali
Guru Paling Sporting : Pn. Ishatun Radhiah Binti A.Jalil

Majlis diteruskan dengan persembahan spontan daripada guru dalam sesi berbalas pantun. Seterusnya,majlis diakhiri dengan sesi pertukaran hadiah antara guru-guru SMTDRL.Akhir kata,syabas dan tahniah diucapkan kepada staf,perwakilan pelajar dan pelajar -pelajar yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam sama-sama menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru SMTDRL 2013 ini. 

Selasa, 28 Mei 2013

Pertandingan Silat Seni Peringkat Negeri Perak. (17-19 Mei 2013)

Pada 17-19 Mei 2013 yang lalu, seorang pelajar SMTDRL iaitu saudara Muhammad Taufiq Ikhmal Bin Mohamad Roshidi telah melayakkan diri untuk ke pertandingan Silat Seni Peringkat Negeri Perak. Sebelum ini,beliau telah berjaya menumpaskan beberapa buah sekolah di daerah hulu perak dalam acara seni tari silat pada 11 Mei 2012 yang lalu bertempat di SMK pengkalan Hulu dan seterusnya telah melayakkan beliau untuk bertanding pula ke peringkat negeri. Pertandingan Silat Peringkat Negeri Perak tersebut telah diadakan di SMK Pengkalan Hulu,Perak.


Muhammad Taufiq Ikhmal Bin Mohamad Roshidi
Wakil Daerah Hulu Perak

Acara Seni Tari Silat

* Berikut merupakan video yang telah dipersembahkan pada hari pertandingan tersebut.

Isnin, 13 Mei 2013

Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak 2013 (11 Mei 2013)

Pada 11 Mei 2013 (sabtu) yang lalu, pertandingan silat seni sekolah sekolah daerah hulu perak telah berlangsung di dewan SMK Pengkalan Hulu. SMTDRL telah menyertai pertandingan ini buat kali pertama dalam semua acara yang dipertandingkan.Sebanyak 5 buah sekolah terlibat, iaitu MRSM Pengkalan Hulu,MRSM Lenggong, SMK Pengkalan Hulu, SMK Batu Empat dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (SMTDRL) .Walaupun saingan sengit diberikan oleh peserta sekolah lain yang menghantar wakil daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, begitu juga dengan mutu persembahan peserta MRSM Pengkalan Hulu yang begitu hebat, namun peserta dari SMTDRL telah berjaya memberi saingan yang baik. Keputusan peserta SMTDRL adalah seperti berikut :

1) Acara Seni Tari Silat
                          Muhammad Taufiq Ikhmal Bin Mohamad Roshidi                            Pencapaian : Johan 
* Akan mewakili daerah Hulu Perak ke peringkat negeri pada 17 - 19 Mei 2013 di SMK Pengkalan Hulu/SMK Tun Saban)

2) Acara Seni Jurus Silat
Muhammad Nazmi Bin Ibrahim
Muhammad Afif Syimir Bin Safian
Anas Bin Kusairy
Muhammad Zuhairi Bin Kharuddin 
Pencapaian : Naib Johan

3) Acara Jurus Wajib
Akmalluddin Ali Bin Sidek Ali
Ikmalluddin Ali Bin Sidek Ali
Muhammad Nafiz Bin Pauzi
Pencapaian : Naib Johan

4) Acara Tempur Silat
Ahmad Azamuddin Bin Ahsian
Muhammad Furqan Bin Mohamad Azman
Pencapaian : Tempat ke-3

Tahniah kepada semua wakil SMTDRL yang berjaya membuktikan kehebatan mereka bak "kecil-kecil cili padi ". Sekalung penghargaan juga kepada semua pihak yang terlibat hinggalah mereka berjaya, daripada melatih, mengurus dan mempersiapkan peserta. Diantaranya saudara Khair Alimarshidi, saudara Afifi Hashim, saudara Muniruddin, saudara Akif (bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah) yang telah membantu Pengetua melatih pelajar. Begitu juga kepada Pn. Yuslina yang turut membantu latihan serta kelengkapan bertanding. Tidak dilupakan semua staf dan guru terlibat, khususnya Cik Nor Atikah Binti Musa dan En. Mohd Shahidan Bin Mohamed yang telah banyak membantu.






Jumaat, 10 Mei 2013

Takwim Mei

1 Mei - Hari Pekerja

8-17 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun

11 Mei - Keluar Kawasan

21 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

23-24 Mei - Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

24 Mei - Hari Wesak

25-28 Mei - Mukhayyam Tahfiz Siri 2

29 Mei - Pelajar balik Kampung 5 (Cuti Pertengahan Tahun) dan pulang semula ke asrama 9 Jun 2012
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"