Selasa, 26 Mac 2013

Mukhayyam Tahfiz Siri 1/2013 (22 - 25 Mac 2013)

Pada 22 hingga 25 Mac 2013, SMTDRL telah mengadakan Program Mukhayyam Tahfiz Siri pertama bagi tahun ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi Mutakhatam/ulang tasmi, Bacaan Ma'thurat, Tahsinul Qiraah, sesi taaruf bersama fasilitator,pengemasan asrama dan pengurusan diri, Ithbat, riadah bermodul dan latihan dalam kumpulan(LDK).Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator yang dijemput khas dari pelajar Sekolah Izzuddin Shah.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan sistem hafazan para pelajar di samping menerapkan nilai-nilai murni dan menyediakan pelajar dengan kemahiran tambahan.





Jumaat, 22 Mac 2013

Festival Sukaneka Tertutup STARULe Tahun 2013 (21/03/2013)

Pada 21 Mac 2013, STARULe telah mengadakan festival sukaneka tertutup Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong yang bertempat di padang STARULe. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Cik Yogasree,selaku pengerusi majlis.Majlis diserikan lagi dengan upacara perarakan rumah sukan iaitu Khalid Al-Walid (rumah hijau) yang diketuai oleh saudara Muhammad Izzuddin bin Fakri, Umar Al-Khattab(rumah merah) yang diketuai oleh saudara Muhammad Amier bin Abd Rahim serta Abu Ubaidah Al-Jarrah(rumah kuning) yang diketuai oleh saudara Abdul Haadi bin Kamalyuzan dan juga selaku ketua kontijen bagi kesemua rumah sukan.




Sebagai pembuka tirai, para hadirin dan hadirat dijemput untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan disusuli dengan lagu Sekolah.Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hafiz bagi memberkati majlis dan diserikan lagi dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua kontijen iaitu saudara Abdul Haadi bin Kamalyuzan.



Selepas bacaan ikrar,majlis diteruskan pula dengan ucapan oleh Ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai,Pengetua Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe),dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Mohd Shu'ah bin Abdul Halim,Pengetua Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian (SEMARAK).


Majlis diteruskan pula dengan acara sukaneka pelajar.

Acara Pertama - Baling bola ke dalam baldi

Acara Kedua - Jambatan batu

Acara Ketiga - Kereta sorong

Acara Keempat - Lari Triplet

Acara Kelima - Top Shot

Acara Keenam - Tarik tali

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi Festival Sukaneka tertutup STARULe 2013 iaitu Ustaz Shu'ah Bin Abdul. Halim dan juga penyampaian hadiah sukaneka oleh Ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai,Pengetua STARULe dan diiringi oleh Ustaz Saidin Bin Jaafar,Penolong kanan Pentadbiran STARULe.




* Gambar sepanjang sukaneka dapat dilihat di pautan galeri gambar

VIDEO KAWAD KAKI RUMAH SUKAN

Khamis, 14 Mac 2013

Takwim Mac

16 Mac (Sabtu) - Keluar Kawasan.

21 Mac (Khamis) - Festival Sukaneka tertutup.

22 Mac (Jumaat) - Majlis penyerahan rasmi kabin SMTDRL oleh pihak JKR
                              kepada pihak JAIPk.

22-25 Mac (Jumaat-Isnin) - Mukhayyam Tahfiz Siri I Sesi 2013.

25 Mac (Isnin) - Pelajar balik kampung III ( Cuti Pertengahan Penggal 1)
     * Ibubapa/penjaga boleh mengambil pelajar selepas jam 8.00 pagi.

31 Mac (Ahad) - Pelajar pulang ke asrama SMTDRL.
     * Pelajar dikehendaki pulang semula sebelum jam 6.00 petang.

Rabu, 13 Mac 2013

Majlis Perpisahan Guru - Cik Farhana Binti Kamaruddin (08/03/2013)

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh saudara Abdul Haadi bin kamalyuzan dan Muhammad Ammar bin Abu Bakar selaku pengerusi majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hafiz Bin Shamsudin.Majlis diteruskan pula dengan ucapan dari wakil pelajar iaitu Muhammad Izzuddin bin Fakri dan seterusnya ucapan dari Pengetua SMTDRL iaitu Ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai.


Majlis juga telah diserikan dengan beberapa persembahan dari pelajar SMTDRL termasuklah persembahan nasyid,persembahan pentomen,dan juga persembahan pidato oleh saudara Muhammad Nafiz Bin Pauzi.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan kata-kata terakhir oleh yang diraikan Cikgu Farhana binti Kamaruddin.


Sebelum berakhir,majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek dan penyampaian cenderahati kenang kenangan dari seluruh warga SMTDRL khas kepada yang diraikan.




Semoga Cikgu Farhana sihat sejahtera,
Menyusuri hari-hari yang ceria,
Di samping beribadat pada yang Esa,
Moga dilindungi Allah sentiasa.

-Terima kasih Cikgu, Jasamu dikenang-




"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"