Selasa, 26 Februari 2013

Makluman Bantuan Murid RM100 Kepada Pelajar STARULe

Adalah dimaklumkan bahawa Bantuan Murid RM100 daripada kerajaan telah diterima oleh pihak sekolah  dan akan mula diagihkan kepada pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe). Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat STARULe di talian 05-7676198. Harap maklum.

Rabu, 20 Februari 2013

Perlawanan Pertandingan Bola Sepak MSSPK Zon Lenggong 2013 Kategori bawah 15 Tahun

JADUAL PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSPK ZON LENGGONG 2013


* Bertempat di Padang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong
* SMATDR = Pasukan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong

#Kemaskini- Gambar perlawanan boleh dilihat di Galeri Gambar

Isnin, 18 Februari 2013

Bulan Transisi Tingkatan 1 Sesi 2013 (09 Januari 2013 -1 Februari 2013)

Sepanjang bulan transisi dijalankan,pelajar baru Tingkatan 1 sesi 2013 telah didedahkan dengan pelbagai slot-slot sebagai persiapan diri pelajar sebelum memulakan pembelajaran di SMTDRL.Kesemua slot yang dijadualkan telah dikendalikan sepenuhnya oleh semua guru dan staf SMTDRL. Antara slot -slot yang dikendalikan ialah :

Slot Ilmu Agama & Kerohanian
Pengenalan Al-Quran,Penguasaan Tajwid,Qiamulail,Ulang Tasmi',Kelas Hafazan,Kuliah-kuliah Maghrib,Ceramah Maulidur Rasul


Slot Ilmu,Kemahiran dan pengurusan diri
Disiplin diri pelajar,kemahiran belajar,Kemahiran komunikasi,Kemahiran Bahasa (Bahasa Arab,Bahasa Inggeris,Bahasa Tamil),Kuliah Motivasi,Lawatan sambil belajar ke Muzium Arkeologi Lenggong,Pengurusan diri di asrama,Pengurusan kekemasan kerja,Malam Kebudayaan




Slot Kecergasan Fizikal dan Mental
LDK (Ice Breaking,Team Building),Riadhah,Rehlah di Bukit Palong






"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"