Rabu, 30 Januari 2013

Takwim Februari

08 Februari (Jumaat) - Pelajar balik kampung 2

11 - 12 Februari (Isnin & Selasa) - Cuti Tahun Baru Cina

13 Februari (Rabu) - Cuti Peristiwa (Pelajar pulang semula ke asrama)


Rabu, 23 Januari 2013

Sambutan Penubuhan Sekolah, Majlis Pelancaran Majalah Sekolah & Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Ambilan Kedua (16 Jan 2013)

SMTDRL telah mengiktirafkan 16 Januari sebagai tarikh memperingati penubuhan sekolah ini. Kenangan manis dan pahit tercipta dan ditempuh bersama-sama selama setahun adalah hasil komitmen dan usaha gigih semua lapisan warga SMTDRL termasuk Jabatan Agama Islam Perak, semua staf, PIBG dan pelajar sehingga kini. SMTDRL amat berterima kasih dan menyanjung tinggi sumbangan khidmat, jasa semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan SMTDRL.



Tetamu jemputan yang hadir adalah Haji Mohamad Nasar b. Kurdi, Ketua Pen. Pengarah Bhgn. Pendidikan JAIPk, En. Mohd Nasir b. Yop Ahmad, Yang Dipertua PIBG, En. Mohd Razli Ahmad, Ketua Kampung Lenggong, Hj. Nurudin Mat Aris Pewakaf tapak sekolah dan En Mohd Azman Ruzali, kontraktor dan penyumbang pembaikan infrastruktur sekolah.



Sesi Luahan Rasa perintis utama SMTDRL dan Sembang Motivasi oleh En Mohd Azman Ruzali dijalankan pada pagi sebelum majlis dimulakan.



Ucapan alu-aluan oleh En. Faiz Muhammad Rafaai selaku Pengetua SMTDRL, ucapan dari pewakaf tapak SMTDRL, sepatah dua kata dari YDP PIBG seterusnya ucapan perasmian serta gimik pelancaran majalah sekolah SMADIL '12 Edisi Pertama oleh Ketua Pen. Pengarah Bhg. Pendidikan JAIPk.





Serba sedikit perjalanan pendaftaran pelajar tingkatan 1 ambilan kedua 2013 dan kami
warga SMTDRL sekali lagi mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada pelajar tingkatan 1 ambilan kedua.


Isnin, 14 Januari 2013

Hari Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 Sesi 2013 (09/01/2013)

Pada 9 Januari 2013, SMTDRL telah menerima pelajar baru bagi tahun kedua SMTDRL beroperasi. Pelajar yang hadir mendaftar adalah dari pelajar tingkatan 1 iaitu seramai 12 orang kesemuanya.Namun begitu,ambilan kedua bagi pelajar baru sesi 2013 pula dijangka akan diterima pada 16 Januari 2013 kelak.Selain itu,Majlis Taklimat Pendaftaran pula telah disampaikan oleh En. Faiz Bin Muhammad Rafaai,selaku Pengetua SMTDRL serta Cik Madihah binti Mohamed selaku Penolong Pengarah,Bahagian Pendidikan,JAIPk.









Jumaat, 4 Januari 2013

Takwim Januari

9 Januari - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

10 Januari - Bulan Transisi Tingkatan 1 bermula

12 Januari - Keluar Kawasan

16 Januari - Sambutan Hari Penubuhan Sekolah & Pelancaran Majalah SMADIL '12

24 Januari - Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W  (Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah)

25 Januari - Pelajar balik kampung I

27 Januari - Thaipusam

28 Januari - Pelajar pulang semula ke asrama
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"