Selasa, 17 Disember 2013

Taqwim Disember 2013 / Januari 2014

30 Disember 2013 (Isnin)     - Semua Pengawas sekolah pulang ke asrama.
                                               (Semua Pengawas perlu pulang ke asrama sebelum jam
                                                 6.00 petang.)

31 Disember 2013 (Selasa) - Gotong royong persiapan sesi 2014.
                                               (Semua kakitangan dan pengawas sekolah adalah
                                                 terlibat.)

1 Januari 2014 (Rabu)          - Semua pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 pulang
                                                 ke asrama.
                                               (Semua pelajar perlu pulang ke asrama sebelum jam
                                                6.00 petang.)
                           

MESYUARAT KAKITANGAN SMTDRL

30 Disember 2013 (Isnin) 

8.30pagi - 11.30 pagi     - Mesyuarat Pengurusan SMTDRL
                                        (Semua Kakitangan SMTDRL adalah terlibat.)

12.00pm - 1.30pm         - Mesyuarat Kurikulum
                                        (Semua Guru SMTDRL adalah terlibat.)

2.30pm - 3.30pm           - Taklimat Guru Tingkatan
                                        (Cik Yogasree dan semua Guru Tingkatan adalah terlibat)

Selasa, 26 November 2013

Mukhayyam Tahfiz Siri 3 sesi 2013 (15 - 27/11/2013)

Program Mukhayyam Tahfiz siri 3 sesi 2013 diadakan di SMTDRL dan juga di Kem Raja Intan Suraya,Sungai Siput,Perak.Antara aktiviti kem ialah :
Latihan dalam kumpulan (LDK)
Muraja'ah/ Mukhtar khatam siri 1,2,3,4
Water Confident
Ceramah kenegaraan
Jungle Tracking






Rabu, 6 November 2013

Taqwim November

5 November - Cuti Awal Muharram

15 - 18 November - Mukhayyam Tahfiz Siri 3 
                                 (semua pelajar terlibat)

19 November (Selasa) - Pelajar balik Kampung 12 
                                       * Hanya pelajar yang tidak terlibat dengan Mukhayyam Tahfiz
                                          lanjutan sahaja dibenarkan pulang
                                       * Pelajar dibenarkan pulang selepas jam 10.00 pagi

19 - 26 November - Mukhayyam Tahfiz Lanjutan 
                                (Pelajar yang tidak mencapai sasaran / tidak menguasai hafazan
                                 sahaja yang terlibat)

27 November (Rabu) - Pelajar balik Kampung 12 
                                       * Hanya pelajar yang terlibat dengan Mukhayyam Tahfiz
                                          Lanjutan
                                       * Pelajar dibenarkan pulang selepas jam 10.00 pagi

Mukhayyam Tahfiz Lanjutan
p/s : Pihak sekolah akan menelefon tuan/puan selewat-lewatnya dua hari sebelum tamat sesi Mukhayyam Tahfiz Siri 3 (15 November - 18 November 2013) untuk memaklumkan nama-nama pelajar yang perlu mengikuti Mukhayyam Tahfiz Lanjutan.

Isnin, 4 November 2013

Majlis Ihtifal Huffaz Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2013 (01 - 02/11/2013)

Pada 1 hingga 2 November 2013, telah diadakan Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Menengah Tahfiz Negeri Perak buat julung kalinya. Bertempat di INTIM (Institut Tadbiran Islam Perak), sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu: Tilawah (secara hafazan), Hafazan Tingkatan 1, Hafazan Tingkatan 2, Pidato Bahasa Arab, Imla Qur'an dan Nasyid Bahasa Arab. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Drs. Mohd Nizar bin Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak) dan telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak(Dato' Hj. Mohd Yusop b. Husin).

Johan keseluruhan semua acara Ihtifal telah disandang oleh Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Tapah. Walau bagaimanapun, wakil SMTDRL juga memberi saingan yang hebat dan telah mencapai beberapa kemenangan dalam acara berikut:

Tilawah al-Quran : Johan (Mohd Najmi)
Hafazan Tingkatan 2: Johan (Mohd Amirul)
Imla Qur'an: Naib Johan (Mohd Syamil)
Nasyid Bahasa Arab: Tempat Ketiga (Abd Hadi, Ibrahim Syamil, Irfan Wazif, Nazmi, Najmi, Saifuddin, Aizat Fahmi, Izzuddin, Mohd Iqbal)
Hafazan Tingkatan 1: Penyertaan (Ikhmal Hakimie)
Pidato Bahasa Arab: Penyertaan (Mohd Hafidz)




Khamis, 10 Oktober 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU SESI 2014

     PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE TINGKATAN SATU SESI 2014

Berikut merupakan kaedah permohonan kemasukan pelajar ke 
Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak 
bagi tahun 2014.

* Permohonan hanya boleh dilakukan secara online setelah keputusan UPSR 2013 diumumkan.
* Permohonan akan ditutup 2 minggu selepas keputusan UPSR 2013 diumumkan.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Lawatan balas Sekolah Menengah IMTIAZ,Besut,Terengganu ke STARULe (03/10/2013)

Pada 3/10/2013, Sekolah Menengah IMTIAZ,Besut, Terengganu telah mengadakan lawatan balas ke STARULe dengan diiringi oleh 5 orang guru dan 30 orang pelajar. Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga sekolah dan dalam pada masa yang sama dapat berkongsi pengalaman,idea serta pendapat bersama-sama warga STARULe dan warga IMTIAZ.






Selasa, 24 September 2013

Majlis Ramah Mesra bersama YB Dr's Mohd Nizar Bin Zakaria di Hotel Seri Malaysia,Ipoh,Perak. (23/09/2013)

Pada 23/09/2013, Jabatan Agama Islam Perak telah mengadakan satu perjumpaan dan sesi beramah mesra antara kesemua kakitangan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) setiap 5 daerah dengan YB Dr's Mohd Nizar Bin Zakaria,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak bersama-sama Dato' Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK),Tuan Hj Mohamad Nasar Bin Kurdi, Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pendidikan JAIPK. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan membincangkan berkaitan hal ehwal pengurusan dan perancangan terbaru yang telah dirancang oleh pihak JAIPK bagi kesemua SMTDR pada masa hadapan disamping mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga SMTDR dengan YB Dr's Mohd Nizar Bin Zakaria serta pihak JAIPK. Majlis bertempat di Dewan Perdana 1, Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak dan majlis telah bermula pada jam 2.30pm dan berakhir pada jam 5.00pm.



Rabu, 18 September 2013

Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Menengah IMTIAZ , Besut , Terengganu. (23 - 25 Ogos 2013)

Program lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Terengganu adalah bertujuan untuk menimba pengalaman dari sekolah lain yang telah mencapai kecemerlangan terutama tentang kaedah pembelajaran dan hafazan. Tarikh bagi program ini telah ditetapkan pada 23-25 Ogos 2013. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan dua buah sekolah di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Perak iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (SMTDRL) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (SEMARAK). Program ini disertai oleh 45 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring dari SMTDRL dan 50 orang pelajar SEMARAK termasuk 11 orang guru pengiring.


 Perjalanan kami bermula pada hari Ahad, 23 Ogos 2013 pada jam 9.00 pagi. Bas berhenti di Bukit Bunga untuk makan tengahari dan menunaikan solat Jumaat pada pukul 1.30 petang. Perjalanan kami diteruskan ke penginapan hari pertama kami di Kampung Pulau Melaka di ‘MADA INN’ berhampiran dengan Maahad Tahfiz Darul Anuar yang pengasasnya merupakan bekas menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Selepas sembahyang jamak maghrib dan isyak, kami meneruskan perjalanan ke Wakaf Che Yeh yang mengambil masa hampir setengah jam. Peluang dua jam dimanfaatkan oleh kami untuk membeli belah di Wakaf Che Yeh yang sebahagian besar peniaga mengenakan bayaran yang murah.   


Pada pagi keesokkan harinya, kami bertolak ke Pasar Siti Khadijah yang bertempat di Kota Bharu pada jam 8.15 pagi. Memasuki ruangan Laman Siti Khadijah, memberi peluang kami membeli barang-barang kraftangan dan cenderamata untuk kenangan. Selain daripada itu, kami melawat beberapa buah muzium yang terdapat di Kota Bharu iaitu Muzium Perang ( Bank Kerapu), Muzium Islam, Muzium Di Raja (Istana Batu), Muzium Kraftangan, Muzium Adat Istiadat Di Raja Kelantan dan Muzium Negeri Kelantan.


                        Pada jam 11 pagi, kami meninggalkan negeri Kelantan. Daerah Kota Bharu yang bersempadan dengan Terengganu hanya mengambil masa kurang dua jam untuk sampai ke destinasi kami seterusnya. Destinasi yang di maksudkan ialah Pengkalan Nyireh di Besut. Kami berhenti makan tengahari dan menunaikan solat jamak. Daerah yang terletak di Utara negeri Terengganu ini sememangnya amat popular dengan makanan keropok lekor. Jam 1.50 petang kami sampai di penginapan pada hari kedua kami di Kem Seri Keluang, Besut. Aktiviti pelajar bermula pada jam 3.30 petang oleh penceramah iaitu En Muslim Bin Abdullah. Ceramah berkisar Teknik Pemantapan Hafazan membolehkan pelajar menimba ilmu dan menambahbaik dari segi mutu hafazan seharian. Aktiviti pelajar diteruskan dengan permainan yang diadakan di Pantai Seri Keluang. Permainan yang diketuai oleh guru-guru dan kakitangan kedua-dua sekolah dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama insan.



            Selepas pengemasan diri, pelajar-pelajar menuju ke Dewan Seri Keluang untuk sesi LDK (Latihan Dalam Kumpulan) pelajar. Pada keesokkan hari sekitar jam 7.30 pagi, perjalanan diteruskan dari Kem Seri Keluang ke Sekolah Menengah Imtiaz di Besut. Lawatan Penanda Aras yang menjadi agenda utama kami berlangsung dengan meriah. Sambutan yang diberikan oleh pihak Imtiaz amat mengharukan bagi pihak kami, atas sebab kecemerlangannya di peringkat antarabangsa sehingga dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selain SMTDRL dan SEMARAK baru berusia dua tahun. Banyak yang dikongsikan bersama di bilik mesyuarat oleh guru-guru SMTDRL, SEMARAK dan IMTIAZ. Perkongsian ilmu akan di manfaatkan demi perjuangan anak bangsa. Sekitar jam 12 tengahari perjalanan pulang bermula, dan sebelum waktu Maghrib kami telah sampai di SMTDRL.



Khamis, 5 September 2013

Program Motivasi Pelajar (28/08/2013)

Pada 28 Ogos yang lalu, kesemua pelajar bagi keempat-empat buah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (Lenggong,Kerian,Kuala Kangsar,Tapah) telah mengikuti sebuah Program Motivasi yang bertempat di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh sekolah-sekolah Tahfiz sendiri.Slot Program motivasi tersebut disampaikan oleh En. Borhan bin Zahirudin yang merupakan Penolong Kanan Kokurikulum Unit Tahfiz Al-Quran Al-Baqarah dan En. Muhammad Faizal bin Ramli yang merupakan seorang kaunselor dari Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh.


Khamis, 8 Ogos 2013

Program Khidmat Masyarakat Orang Asli di Kampung Tonggang,Ulu Kinta,Perak. (2 - 4 Ogos 2013)

Pada 2 – 4 Ogos 2013 yang lalu, SMTDRL telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di perkampungan orang asli di kampung Tonggang, Ulu Kinta, Perak. Program ini secara kebetulan bertembung dengan program Jelajah Ramadhan yang diadakan oleh pihak ASYIKfm. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar bagi membina kemahiran sosial, mengeratkan silaturahim sesama insan dan dalam masa yang sama menerapkan unsur dakwah terhadap masyarakat setempat. Antara program yang dilakukan ialah program khidmat masyarakat termasuk aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung , aktiviti memasak bubur lambuk dan masakan tradisional masyarakat kampung,persiapan sahur dan berbuka puasa. Selain itu program yang hanya melibatkan warga SMTDRL seperti ceramah motivasi kendiri, Program komuniti (pengenalan Al-Quran dan Halaqah Tadarus), solat berjemaah dan tazkirah telah berlangsung sepanjang 3 hari 2 malam di perkampungan tersebut.  Program ini menjadi perintis melatih pelajar untuk menghadapi cabaran bermasyarakat dan berdakwah. Insyaallah pada masa akan datang, penganjuran program seumpama ini akan ditingkatkan ke tahap seterusnya; antara lain seperti menjadikan pelajar sebagai anak angkat kepada penduduk setempat serta akan diadakan di tempat yang mempunyai masyarakat yang bukan Islam / penduduk miskin / komuniti berbilang kaum / rumah warga emas / asrama anak yatim. Adalah diharapkan seluruh warga SMTDRL, khasnya pelajar-pelajar mendapat pengalaman berharga dalam membina kemahiran sosial dan menyediakan diri sebagai Muslim Mukmin yang berupaya membangunkan masyarakat suatu hari kelak.

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Khidmat Masyarakat ini, khasnya Ustazah Rafiah (Rubi) dan suami (Ust Ali), Penghulu Kg Tonggang, Pengurus ASYIKfm (Pn Mariamah), pihak JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli), En Bajuri (Pegawai Khas ADUN Hulu Kinta), para penyumbang, ibubapa, seluruh warga kerja SMTDRL serta semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program tersebut.

Pelajar SMTDRL sedang menunggu van / kereta yang akan membawa mereka naik ke Kg Tonggang (6 km dari teepi jalan besar Tanjung Rambutan - Tanah Hitam, Chemor)

Berbuka puasa pada malam pertama di Kg Tonggang

"Khidmat Masyarakat" - membersihkan pinggan mangkuk dan peralatan memasak berbuka puasa


"Khidmat Masyarakat" - Mengecat balai raya kampung, membersihkan balai raya, membersih musolla.


Ceramah motivasi kendiri oleh Ustaz Abd Halim (mubaligh JAIPK untuk Kg Tonggang)

Program penutup - Inspirasi berdakwah oleh Ust Ali dan Ustazah Ruby serta ucapan Penghulu Kg. Tonggang



Majlis kemuncak bersama pihak ASYIKfm - persembahan nasyid, sesi tazkirah dan penyampaian cenderamata


Sesi penutup - bersalaman dengan semua pihak

Gambar kenangan warga SMTDRL dengan Ust Ali, Usth Ruby dan Penghulu Kg Tonggang
....moga anak-anak didik SMTDRL akan membesar menjadi pemuda yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.........

Jumaat, 2 Ogos 2013

Majlis Perpisahan Guru - Cikgu Nur Aznin Binti Sahari & Cikgu Khairunnissa Binti Zahidi (01/08/2013)

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh saudara Muhammed Ammar Bin Mohd Darus dan Dinni Nur Fahmie Bin Abdul Razak selaku pengerusi majlis dan bacaan doa oleh saudara Muhammad Harith Bin Mohamed Nasir. Majlis diteruskan pula dengan ucapan dari wakil pelajar iaitu Muhammad Izzuddin bin Fakri dan seterusnya ucapan dari Pengetua SMTDRL iaitu Ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai.



Majlis juga telah diserikan dengan beberapa persembahan nasyid dari pelajar SMTDRL khas buat guru-guru yang diraikan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan kata-kata terakhir oleh yang diraikan Cik Khairunnissa Binti Zahidi manakala Cik Nur Aznin Binti Sahari tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Sebelum berakhir,majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati kenang kenangan dari seluruh warga SMTDRL khas kepada yang diraikan.




Semoga Cikgu Aznin dan Cikgu Khairunnissa sihat sejahtera,
Menyusuri hari-hari yang ceria,
Di samping beribadat pada yang Esa,
Moga dilindungi Allah sentiasa.

-Terima kasih Cikgu, Jasamu dikenang-



Isnin, 29 Julai 2013

Taqwim Ogos

02 - 04 Ogos - Program Khidmat Masyarakat dan Motivasi Kendiri di Kampung Tonggang
                      Tanjung Rambutan, Perak

05 Ogos ISNIN - Pelajar balik Kampung 8 (selepas jam 10.00 AM)
                 (Pelajar pulang semula ke asrama pada 18 Ogos 2013 - Ahad )

05 - 18 Ogos - Cuti Aidil Fitri & Pertengahan Penggal 2

23 - 25 Ogos - Lawatan Penanda Aras ke SM IMTIAZ Besut,Terengganu

28 Ogos - Kursus Kemasan Diri Pelajar di Sekolah Izzuddin Shah

* Jika terdapat perubahan,akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Lawatan YB Mohd Nizar Bin Haji Zakaria dan Media RTM ke STARULe (23 Julai 2013)

Pada 23 Julai 2013 yang lalu, YB Mohd Nizar Bin Haji Zakaria iaitu Exco Pendidikan Negeri Perak bersama-sama media RTM telah hadir ke STARULe untuk melihat perkembangan STARULe sama ada dari segi pengurusan,akademik dan pembelajaran tahfiz pelajar di sini. Lawatan diadakan pada pukul 4 petang. Pengetua STARULe ditemuramah  oleh pihak RTM berkaitan pembelajaran tahfiz sempena Sambutan Nuzul Quran jumaat yang lalu.






Isnin, 22 Julai 2013

Kem Bidayatul Qiadah (kepimpinan asas) di Ulu Chepor,Perak. (19 - 21 Julai 2013)

Kem ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Julai 2013 bertempat di Kawasan Perkhelahan Ulu Chepor, Perak. Seramai 22 orang pelajar terlibat mengikuti kem ini yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Ketua Kelas/Bilik serta Pengerusi/Naib Pengerusi Pertubuhan. Semua program telah dikendalikan oleh Cikgu Borhan bin Zaharudin (Pen. Kanan Kokurikulum Unit Tahfiz al-Qur'an Al Barakah) dan En. Sahisal Aznor (Biro Tatanegara Ipoh). Pelbagai modul dan pendekatan kepimpinan peringkat asas telah didedahkan kepada peserta yang terlibat. Walaupun program berlangsung semasa bulan Ramadhan, ianya tidak melemahkan semangat peserta kursus, begitu juga dengan sedikit cabaran yang terpaksa dihadapi ketika dalam perjalanan dari Lenggong ke Ulu Chepor di mana van sekolah mengalami kerosakan. Bagi guru-guru, pengalaman melihat pengendalian modul kursus merupakan pengkayaan ilmu dari segi idea dan praktik membentuk kepimpinan pelajar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Cikgu Bob dan Cikgu Aznor atas kesudian menjadi penceramah dan pengendali kursus kepimpinan ini.
 Sesi bersama Cikgu Aznor
 Sesi bersama Cikgu Bobb
Gelagat pelajar yang kepenatan semasa menunggu mekanik tiba untuk membaiki van sekolah yang rosak di pertengahan jalan



"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"