Selasa, 16 Oktober 2012

MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA PELAJAR STARULe

i ) Mukhayyam Tahfiz Siri 3 STARULe akan dijalankan pada :

Tarikh : 09 November - 15 November 2012

*Ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak untuk bercuti mulai 15 November 2012 (Khamis) seawal jam 8.00 pagi setelah mengambil Slip Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun.

ii) Pembayaran Majalah Sekolah (SMADIL'12)

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedang menghasilkan Majalah Sekolah sesi 2012 dan akan diedarkan kepada pelajar STARULe.Oleh itu, pihak sekolah telah menetapkan kadar bayaran seperti berikut :

Kadar bayaran                  : RM25.00 bagi satu keluarga.
Tarikh akhir pembayaran : Sebelum cuti persekolahan akhir tahun 2012.

Sekian,Terima Kasih.


Rabu, 3 Oktober 2012

Majlis Perpisahan Guru - Pn.Puteri Ezriena binti Megat Mohd Hariri (02/10/2012)

Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan di atas bakti dan didikan Pn. Puteri Ezriena selaku Guru mata pelajaran Matematik dan juga merupakan Guru kelas bagi Tingkatan 1 Ibnu Sina sesi 2012 dan juga komitmen serta sumbangan beliau dalam pengurusan SMTDRL sepanjang beliau berkhidmat.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu saudara Abdul Haadi bin Kamalyuzan dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Shamsudin dan diserikan juga dengan kata alu-aluan dari Pengetua sekolah, En. Faiz bin Muhammad Rafaai serta ucapan khas dari wakil pelajar iaitu saudara Muhammad Izzuddin bin Fakri, selaku ketua umum SMTDRL sesi 2012. 

Kata-kata terakhir dari Pn Puteri dan juga pemberian cenderahati kepada beliau sebagai tanda kenang-kenangan.

Persembahan deklamasi sajak oleh saudara Muhammad Nafiz bin Pauzi dan juga persembahan nasyid yang didedikasikan khas kepada Pn.Puteri Ezriena. 



PN PUTERI EZRIENA BINTI MEGAT MOHD HARIRI
'Terima Kasih Cikgu, Jasamu dikenang'

Pn.Puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita Bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bersua lagi.


Selasa, 2 Oktober 2012

Takwim Bulan Oktober

8-12 Oktober 2012 - Minggu Ulangkaji

13 Oktober 2012 - Hari Keluar Kawasan

15-24 Oktober 2012 - Peperiksaan Akhir Tahun


#Update : 24 Oktober - Pelajar boleh pulang bersama ibu bapa selepas solat Zohor. Pelajar perlu pulang semula ke asrama pada 28 Oktober 2012.
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"