Jumaat, 21 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya bersama PDK Lenggong & Program Ihsan & Ramadhan Yayasan 1 MDB ( 20/9/2012 )

Semua kakitangan serta pelajar SMTDRL telah dijemput untuk memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya bersama PDK Lenggong dan Program Ihsan & Ramadhan Yayasan 1 MDB anjuran Pusat khidmat Ahli Parlimen Lenggong yang bertempat di Dewan Merdeka Lenggong.


Ucapan majlis disampaikan oleh YB Dato'Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah,selaku ahli parlimen Lenggong serta En Razli bin Ahmad selaku ketua kampung Lenggong.



Pelajar menerima sumbangan daripada YB Dato' Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah selaku Ahli Parlimen Lenggong.  

Rabu, 19 September 2012

Lawatan ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Banting (MITIB) (12/9/2012 -13/9/2012)

Lawatan sambil belajar telah berjaya diadakan ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar di Jugra, Banting. Seramai  22 orang pelajar, 9 orang guru pengiring dan 4 orang staf menaiki sebuah bas telah disambut mesra oleh pihak pengurusan dan pelajar-pelajar Maahad tersebut.



Ustaz Mohd Fauze Bain selaku PK HEM telah menerangkan tentang latar belakang MITIB dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut. Seusai mendengar taklimat dari pihak MITIB, pelajar dan staf dibawa melawat mengelilingi kawasan sekolah.


Sesi penyerahan cenderahati oleh MITIB kepada SMTDRL
dan penyerahan balas dari SMTDRL kepada MITIB telah dilaksanakan. Lawatan
diteruskan ke Lumut, Perak.


Selasa, 18 September 2012

MAKLUMAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA-GUA BERSEJARAH SEKITAR LENGGONG DAN MUZIUM PASIR SALAK

Pihak sekolah akan mengadakan satu lawatan sambil belajar selepas peperiksaan akhir tahun. Surat kebenaran lawatan tersebut akan diedarkan kepada ibu bapa/penjaga pelajar.

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA

MAKLUMAN

21 September 2012 (Jumaat)
 Makluman kepada ibu bapa/penjaga pelajar SMTDRL bahawa pelajar akan terlibat dalam Majlis Kesyukuran dan Perasmian yang bertempat di: 
Galeri Pengantin Lenggong,
No. 112, Laluan 1,
Taman Bandar Baru,
33400 Lenggong, Perak.

*Para pelajar akan menghadiri majlis sebaik sahaja selesai Solat Jumaat.

Pemberian Biasiswa oleh Kerajaan Negeri Perak

Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak akan menyalurkan bantuan biasiswa kepada para pelajar SMTDRL. Pihak sekolah akan menentukan syarat kelayakan biasiswa tersebut berdasarkan pencapaian akademik dan hafazan pelajar melalui gred markah purata ( PNG / PNGK ) sepanjang sesi persekolahan 2012 ini, termasuklah pencapaian hafazan. Syarat-syarat tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Selasa, 11 September 2012

Sambutan Kemerdekaan & Majlis Hari Raya Aidilfitri

Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan di sepanjang Minggu Kemerdekaan (3-7 September 2012) iaitu pertandingan mencipta sajak, koir kebangsaan, mendeklamasi sajak, melukis poster dan komik, tayangan video dan tambahan membuat kolaj kemerdekaan anjuran Kadet Remaja Sekolah (KRS).

Tayangan video dan soal jawab berkaitan video



Membuat kolaj oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS)



Pada 7 September 2012 yang lalu, SMTDRL telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan dan Majlis Hari Raya Aidilfitri. Majlis dimeriahkan dengan persembahan pemenang bagi pertandingan koir dan mendeklamasi sajak. Pelajar-pelajar juga telah mempersembahkan sebuah sketsa yang bertemakan Hari Kemerdekaan. PakSu Razli selaku penceramah yang dijemput untuk menceritakan pengalaman beliau berkenaan dengan kemerdekaan.

Persembahan sketsa dan deklamasi sajak


Jamuan hari raya warga sekolah SMTDRL






Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar.




Isnin, 10 September 2012

Takwim Bulan September

7 Sept 2012 - Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah

12 -13 Sept 2012 - Lawatan Sambil Belajar ke Maahad Tahfiz Intergrasi Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Selangor di Jugra, Banting, Selangor

14 Sept 2012 - Pelajar dibenarkan pulang ke kampung dan pelajar bercuti hingga 17 Sept 2012 (Isnin) kerana cuti umum sempena Hari Malaysia
Ibubapa boleh membawa anak/jagaan masing-masing pulang pada hari Jumaat (14 Sept 2012) mulai jam 2 petang. Pelajar pulang semula ke asrama pada hari isnin (17 Sept 2012) sebelum jam 6 petang.

29 Sept 2012 (Sabtu) - Hari Keluar Kawasan

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"