Rabu, 8 Ogos 2012

Program Ramadhan bersama Yayasan Bina Upaya (04/08/2012)

Majlis Sambutan Nuzul Al- Quran
Majlis sambutan Nuzul Al-Qur'an peringkat sekolah telah diadakan pada 4 Ogos 2012 yang lepas. Penceramah jemputan ialah Tn Hj Esmone bin Mat Zaini, Pengetua Sekolah Izzuddin Shah. Program berlangsung di Musolla SMTDRL dengan dihadiri oleh semua warga sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Esmone yang sudi menerima jemputan slot ceramah ini.



Gotong-royong bersama penduduk kampung untuk Majlis berbuka puasa 

Pada sebelah tengaharinya pula, warga SMTDRL bergotong-royong bersama penduduk Kg Lenggong menyediakan juadah berbuka puasa bagi program Penyampaian Bantuan fakir miskin yang dianjurkan oleh Yayasan Bina Upaya Negeri Perak. Semua persiapan dan urusan memasak dilakukan di Dewan Makan SMTDRL.


Majlis Imarah Ramadhan bersama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan 

Di sebelah petangnya, berlangsung pula majlis Imarah Ramadhan. YB Dato Saarani (ADUN Kota Tampan) telah hadir menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin sekitar Lenggong dengan dihadiri oleh En Khairul Anuar (Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Bina Upaya Negeri Perak). Majlis dimulakan dengan ucapan Dato Saarani, diikuti dengan majlis tahlil dan penyampaian sumbangan. Ibubapa pelajar SMTDRL juga turut hadir pada majlis ini sehingga selesai menunaikan solat Tarawikh. 




Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"