Jumaat, 21 Disember 2012

Kem Smart Aulad (27 - 30 Nov 2012)


Pada 27 hingga 30 November 2012, Unit Pentadbiran SMTDRL telah menganjurkan Kem Smart Aulad yang dibuka kepada murid-murid lelaki sekolah rendah Tahun 3 hingga tahun 6. Walaupun berlaku perubahan tarikh saat akhir yang menyebabkan sambutan peserta tidak menggalakkan, namun kem ini telah berlangsung dengan jayanya. Kem Smart Aulad ini digerakkan oleh Cik Nor Atikah selaku Pengarah, dibantu oleh Cik Yogasree selaku Timbalan Pengarah dan 8 orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh sebagai fasilitator. Peserta yang menghadiri kem ini pula seramai 8 orang dari sekitar Lenggong. Pengalaman merancang dan mengandalikan kem ini menjadi aset yang sangat berharga kepada Unit Pentadbiran SMTDRL khususnya, untuk menganjurkan kem seumpamanya pada masa akan datang.

VIDEO KEM SMART AULAD

Isnin, 19 November 2012

Mukhayyam Tahfiz Siri 3 (9-15 Nov 2012)

Pada 9 hingga 15 November 2012 yang lalu, SMTDRL telah mengadakan Program Mukhayyam Tahfiz Siri 3. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi Tasmi Jadid, mempelajari tajwid, qiamullail, I'jaz Al-Quran, Ithbat bersama guru, Lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak, Teroka Gua Bersejarah di Lenggong, mendaki Bukit Palong, dan masakan asas cara hutan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan sistem hafazan para pelajar di samping menerapkan nilai-nilai murni dan menyediakan pelajar dengan kemahiran-kemahiran tambahan.





Jumaat, 2 November 2012

Kem Gemilang Al-Quran & Klinik Solat Tahun 6 2012 anjuran SK Lenggong yang diadakan di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (SMTDRL)

Pada 29-30 Oktober 2012 yang lalu, SK Lenggong telah menganjurkan sebuah kem kepada pelajarnya yang berada di Tahun 6. Kem Gemilang Al Quran dan Klinik Solat ini ialah merupakan sebuah program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam SK Lenggong itu sendiri kepada pelajarnya dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan bacaan pelajarnya yang tercicir dalam bacaan Al Quran.Ustaz Saidin bin Jaafar,selaku penolong kanan pentadbiran bersama 2 orang guru tahfiz iaitu Ustaz Mohd Hafiz bin Shamsudin dan Ustaz Ahmad Rasyidi bin Mohamed Ali dan turut dibantu oleh 12 orang pelajar SMTDRL yang ditugaskan sebagai fasilitator semasa kem gemilang Al Quran tersebut diadakan.
 



Khamis, 1 November 2012

Takwim Bulan November

9 Nov 2012 - Persekolahan berakhir

10 Nov 2012 - Mukhayyam Tahfiz 3 akan berlangsung bermula dari 09 Nov 2012 (Jumaat) sehingga 14 Nov 2012(Rabu) dan pelajar akan dibenarkan pulang ke kampung pada 15 Nov 2012 (Khamis) pada pukul 8.00 pagi selepas mengambil slip keputusan Peperiksaan Akhir Tahun daripada Cik Atikah.

12 Nov 2012 - Lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Selasa, 16 Oktober 2012

MAKLUMAN KEPADA IBU/BAPA PELAJAR STARULe

i ) Mukhayyam Tahfiz Siri 3 STARULe akan dijalankan pada :

Tarikh : 09 November - 15 November 2012

*Ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak untuk bercuti mulai 15 November 2012 (Khamis) seawal jam 8.00 pagi setelah mengambil Slip Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun.

ii) Pembayaran Majalah Sekolah (SMADIL'12)

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedang menghasilkan Majalah Sekolah sesi 2012 dan akan diedarkan kepada pelajar STARULe.Oleh itu, pihak sekolah telah menetapkan kadar bayaran seperti berikut :

Kadar bayaran                  : RM25.00 bagi satu keluarga.
Tarikh akhir pembayaran : Sebelum cuti persekolahan akhir tahun 2012.

Sekian,Terima Kasih.


Rabu, 3 Oktober 2012

Majlis Perpisahan Guru - Pn.Puteri Ezriena binti Megat Mohd Hariri (02/10/2012)

Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan di atas bakti dan didikan Pn. Puteri Ezriena selaku Guru mata pelajaran Matematik dan juga merupakan Guru kelas bagi Tingkatan 1 Ibnu Sina sesi 2012 dan juga komitmen serta sumbangan beliau dalam pengurusan SMTDRL sepanjang beliau berkhidmat.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu saudara Abdul Haadi bin Kamalyuzan dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Shamsudin dan diserikan juga dengan kata alu-aluan dari Pengetua sekolah, En. Faiz bin Muhammad Rafaai serta ucapan khas dari wakil pelajar iaitu saudara Muhammad Izzuddin bin Fakri, selaku ketua umum SMTDRL sesi 2012. 

Kata-kata terakhir dari Pn Puteri dan juga pemberian cenderahati kepada beliau sebagai tanda kenang-kenangan.

Persembahan deklamasi sajak oleh saudara Muhammad Nafiz bin Pauzi dan juga persembahan nasyid yang didedikasikan khas kepada Pn.Puteri Ezriena. 



PN PUTERI EZRIENA BINTI MEGAT MOHD HARIRI
'Terima Kasih Cikgu, Jasamu dikenang'

Pn.Puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita Bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bersua lagi.


Selasa, 2 Oktober 2012

Takwim Bulan Oktober

8-12 Oktober 2012 - Minggu Ulangkaji

13 Oktober 2012 - Hari Keluar Kawasan

15-24 Oktober 2012 - Peperiksaan Akhir Tahun


#Update : 24 Oktober - Pelajar boleh pulang bersama ibu bapa selepas solat Zohor. Pelajar perlu pulang semula ke asrama pada 28 Oktober 2012.

Jumaat, 21 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya bersama PDK Lenggong & Program Ihsan & Ramadhan Yayasan 1 MDB ( 20/9/2012 )

Semua kakitangan serta pelajar SMTDRL telah dijemput untuk memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya bersama PDK Lenggong dan Program Ihsan & Ramadhan Yayasan 1 MDB anjuran Pusat khidmat Ahli Parlimen Lenggong yang bertempat di Dewan Merdeka Lenggong.


Ucapan majlis disampaikan oleh YB Dato'Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah,selaku ahli parlimen Lenggong serta En Razli bin Ahmad selaku ketua kampung Lenggong.



Pelajar menerima sumbangan daripada YB Dato' Shamsul Anuar Bin Hj Nasarah selaku Ahli Parlimen Lenggong.  

Rabu, 19 September 2012

Lawatan ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Banting (MITIB) (12/9/2012 -13/9/2012)

Lawatan sambil belajar telah berjaya diadakan ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar di Jugra, Banting. Seramai  22 orang pelajar, 9 orang guru pengiring dan 4 orang staf menaiki sebuah bas telah disambut mesra oleh pihak pengurusan dan pelajar-pelajar Maahad tersebut.



Ustaz Mohd Fauze Bain selaku PK HEM telah menerangkan tentang latar belakang MITIB dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut. Seusai mendengar taklimat dari pihak MITIB, pelajar dan staf dibawa melawat mengelilingi kawasan sekolah.


Sesi penyerahan cenderahati oleh MITIB kepada SMTDRL
dan penyerahan balas dari SMTDRL kepada MITIB telah dilaksanakan. Lawatan
diteruskan ke Lumut, Perak.


Selasa, 18 September 2012

MAKLUMAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA-GUA BERSEJARAH SEKITAR LENGGONG DAN MUZIUM PASIR SALAK

Pihak sekolah akan mengadakan satu lawatan sambil belajar selepas peperiksaan akhir tahun. Surat kebenaran lawatan tersebut akan diedarkan kepada ibu bapa/penjaga pelajar.

MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA

MAKLUMAN

21 September 2012 (Jumaat)
 Makluman kepada ibu bapa/penjaga pelajar SMTDRL bahawa pelajar akan terlibat dalam Majlis Kesyukuran dan Perasmian yang bertempat di: 
Galeri Pengantin Lenggong,
No. 112, Laluan 1,
Taman Bandar Baru,
33400 Lenggong, Perak.

*Para pelajar akan menghadiri majlis sebaik sahaja selesai Solat Jumaat.

Pemberian Biasiswa oleh Kerajaan Negeri Perak

Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak akan menyalurkan bantuan biasiswa kepada para pelajar SMTDRL. Pihak sekolah akan menentukan syarat kelayakan biasiswa tersebut berdasarkan pencapaian akademik dan hafazan pelajar melalui gred markah purata ( PNG / PNGK ) sepanjang sesi persekolahan 2012 ini, termasuklah pencapaian hafazan. Syarat-syarat tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Selasa, 11 September 2012

Sambutan Kemerdekaan & Majlis Hari Raya Aidilfitri

Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan di sepanjang Minggu Kemerdekaan (3-7 September 2012) iaitu pertandingan mencipta sajak, koir kebangsaan, mendeklamasi sajak, melukis poster dan komik, tayangan video dan tambahan membuat kolaj kemerdekaan anjuran Kadet Remaja Sekolah (KRS).

Tayangan video dan soal jawab berkaitan video



Membuat kolaj oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS)



Pada 7 September 2012 yang lalu, SMTDRL telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan dan Majlis Hari Raya Aidilfitri. Majlis dimeriahkan dengan persembahan pemenang bagi pertandingan koir dan mendeklamasi sajak. Pelajar-pelajar juga telah mempersembahkan sebuah sketsa yang bertemakan Hari Kemerdekaan. PakSu Razli selaku penceramah yang dijemput untuk menceritakan pengalaman beliau berkenaan dengan kemerdekaan.

Persembahan sketsa dan deklamasi sajak


Jamuan hari raya warga sekolah SMTDRL






Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada pelajar.




Isnin, 10 September 2012

Takwim Bulan September

7 Sept 2012 - Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah

12 -13 Sept 2012 - Lawatan Sambil Belajar ke Maahad Tahfiz Intergrasi Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Selangor di Jugra, Banting, Selangor

14 Sept 2012 - Pelajar dibenarkan pulang ke kampung dan pelajar bercuti hingga 17 Sept 2012 (Isnin) kerana cuti umum sempena Hari Malaysia
Ibubapa boleh membawa anak/jagaan masing-masing pulang pada hari Jumaat (14 Sept 2012) mulai jam 2 petang. Pelajar pulang semula ke asrama pada hari isnin (17 Sept 2012) sebelum jam 6 petang.

29 Sept 2012 (Sabtu) - Hari Keluar Kawasan

Isnin, 13 Ogos 2012

Lawatan ke Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Banting, Selangor

Lawatan dijangka akan berlangsung pada 12 & 13 September 2012 (Rabu & Khamis). Jadual lawatan adalah seperti berikut:

Tentatif umum:

Tarikh : 12 September 2012 (Rabu)

03.00p.m. - Bertolak ke Selangor
06.30p.m. - Dijangka tiba di tempat penginapan

Tarikh : 13 September 2012 (Khamis)

07.30a.m. - Bertolak ke MITIB
09.00a.m. - Dijangka tiba di MITIB
11.00a.m. - Bertolak ke Muzium Maritim (Kapal Perang TLDM Lumut)
05.00p.m. - Bertolak pulang ke Lenggong
06.30p.m. - Makan malam di Hentian Rehat Kuala Kangsar
08.00p.m. - Dijangka tiba di Lenggong

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan & Aidilfitri Peringkat Sekolah / Pemantapan Tahfiz

Bagi tujuan program ini, pelajar diminta menyediakan / membawa perkara / alatan berikut semasa datang semula ke sekolah pada 26 Ogos 2012 kelak:

i) Sekurang-kurangnya 1 bendera Malaysia (saiz kecil).
ii) Sedikit kuih raya untuk dikongsi pada sambutan raya.
iii) Al-Quran mashaf besar (tulisan yang jelas dibaca) bagi pelajar yang masih belum memilikinya sahaja.
iv) Rehal (tempat meletak Al-Quran) bagi pelajar yang masih belum memilikinya sahaja.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri / Penutup Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 7 September 2012

Cuti Hari Raya Aidilfitri

Pemberitahuan

Ibubapa boleh membawa anak/jagaan masing-masing pulang pada hari Khamis (16 Ogos 2012) mulai jam 2 petang. Pelajar pulang semula ke asrama pada 26 Ogos 2012 (Ahad) sebelum jam 6 petang.

Rabu, 8 Ogos 2012

Kem Motivasi Kepimpinan (27/07/2012 - 29/07/2012)

Kem Motivasi Kepimpinan di Resort Tasek Raban bersama pelajar SMTahfiz Kuala Kangsar

Kem ini telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam dengan pengisian slot bertemakan asas kepimpinan. Barisan Fasilitator merupakan pelajar-pelajar dari Universiti Malaya seramai 4 orang. Manakala slot ceramah telah diisi oleh Ustaz Ahmad Munawir (Pengetua SEMENTAK), Ustaz Faiz (Pengetua SMTDRL), En. Saifullah Ahmad (Ketua Wartawan Sinar Perak) dan Puan Ismaniza. Perasmian Kem telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, JAIPK, Tn Hj Mohamad Nasar Kurdi. Pengisian kem meliputi sesi ceramah dan LDK, Qiamullail, Solat Berjamaah serta riadhah. Semoga segala ilmu dan latihan yang diperolehi di kem ini mampu membentuk asas kepimpinan dalam kalangan pelajar.



Program Ramadhan bersama Yayasan Bina Upaya (04/08/2012)

Majlis Sambutan Nuzul Al- Quran
Majlis sambutan Nuzul Al-Qur'an peringkat sekolah telah diadakan pada 4 Ogos 2012 yang lepas. Penceramah jemputan ialah Tn Hj Esmone bin Mat Zaini, Pengetua Sekolah Izzuddin Shah. Program berlangsung di Musolla SMTDRL dengan dihadiri oleh semua warga sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Esmone yang sudi menerima jemputan slot ceramah ini.



Gotong-royong bersama penduduk kampung untuk Majlis berbuka puasa 

Pada sebelah tengaharinya pula, warga SMTDRL bergotong-royong bersama penduduk Kg Lenggong menyediakan juadah berbuka puasa bagi program Penyampaian Bantuan fakir miskin yang dianjurkan oleh Yayasan Bina Upaya Negeri Perak. Semua persiapan dan urusan memasak dilakukan di Dewan Makan SMTDRL.


Majlis Imarah Ramadhan bersama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan 

Di sebelah petangnya, berlangsung pula majlis Imarah Ramadhan. YB Dato Saarani (ADUN Kota Tampan) telah hadir menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin sekitar Lenggong dengan dihadiri oleh En Khairul Anuar (Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Bina Upaya Negeri Perak). Majlis dimulakan dengan ucapan Dato Saarani, diikuti dengan majlis tahlil dan penyampaian sumbangan. Ibubapa pelajar SMTDRL juga turut hadir pada majlis ini sehingga selesai menunaikan solat Tarawikh. 




Selasa, 7 Ogos 2012

Takwim Bulan Ogos

3 Ogos 2012 (Jumaat) - Majlis berbuka puasa bersama Kelab Pacuan 4 Roda.

4 Ogos 2012 (Sabtu) - Program Ramadhan bersama Yayasan Bina Upaya (YBU).         
                                 
                                 - Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran.

                                 - Pelajar dibenarkan pulang bersama ibubapa/penjaga setelah selesai sembahyang tarawih.

6 Ogos 2012 (Isnin) - Cuti umum sempena Nuzul Al-Quran.

17 Ogos - 26 Ogos 2012 - Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri.

28 Ogos 2012 (Selasa) - Puasa 6 Perdana

Rabu, 18 Julai 2012

PEMBATALAN / PENANGGUHAN LAWATAN PELAJAR STARULe KE MAAHAD TAHFIZ NEGERI SELANGOR

Dukacita dimaklumkan lawatan pelajar STARULe ke Maahad Tahfiz Intergrasi Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Selangor (MITIB) yang dijadualkan pada hari ini (18 Julai 2012) ditangguhkan kerana bas yang sepatutnya membawa pelajar telah mengalami kemalangan. Walaubagaimana pun, program ini tetap akan diusahakan pada masa akan datang (selepas Aidul Fitri). Pihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.




Program Motivasi Kepimpinan

Program Motivasi Kepimpinan pada 27 hingga 29 Julai 2012 akan diadakan di Resort Tasek Raban bersama pelajar Sek Men Tahfiz Daerah Kuala Kangsar. Surat kebenaran akan diedarkan melalui pelajar untuk ditandatangani oleh ibubapa.

Selasa, 17 Julai 2012

MAKLUMAN DAN PERINGATAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA

MAKLUMAN

20 Julai 2012 - Ibu bapa /penjaga boleh membawa pulang anak masing-masing pada jam 12.00 tengahari pada hari tersebut.



PERINGATAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA

Bermula pada hari ini, ibu bapa/penjaga adalah dilarang sama sekali untuk membekalkan apa-apa makanan ringan yang berunsurkan 'Junk food' kepada anak-anak ke dalam sekolah.





Rabu, 11 Julai 2012

LATIHAN KEBAKARAN (10/07/2012)

Tujuan : Memberikan latihan serta panduan kepada pelajar jika berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan di SMTDRL 

Pelan Kebakaran SMTDRL






Khamis, 5 Julai 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & MESYUARAT PENUBUHAN PIBG STARULe (30 JUN 2012)


VIDEO PENGENALAN STARULe
AKTIVITI PELAJAR TINGKATAN 1 IBNU SINA TAHUN 2012


Pendaftaran ibu-bapa

Para tetamu dan ibu-bapa yang hadir

Ustaz Nasar, Ustaz Faiz dan En. Razli "Paksu" melawat tapak yang telah  dibersihkan oleh warga STARULe

Perasmian Majlis oleh : Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Nasar Bin Kurdi
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Perak

Ucapan Aluan oleh : Ustaz Faiz Bin Muhammad Rafaai
Pengetua
Sekolah Menengah Tahfiz
Darul Ridzuan Lenggong
(
STARULe )

Bacaan Al-Quran dibimbing oleh Ust. Faiz & Ust. Hafiz

Persembahan Koir & Nasyid dibimbing oleh Ust. Faiz, Pn. Puteri Ezriena &  Cik Farhana


Majlis Anugerah Kecemerlangan Berdasarkan Analisis Pemarkahan Peperiksaan Pertengahan Tahun STARULe Bagi Tahun 2012










"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"